Ringkasan AI
- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan peningkatan kes jangkitan bakteria super kebal ubat di Kesatuan Eropah (EU) membimbangkan.
- Kadar jangkitan aliran darah akibat Klebsiella pneumoniae kebal carbapenems dijangka meningkat 72 peratus pada 2025 berbanding 2019 di EU.
- Separuh atau lebih bakteria ini kebal terhadap carbapenems di 10 daripada 43 negara Wilayah Eropah WHO, terutama di selatan dan timur Eropah.
MOSCOW: Peningkatan kes jangkitan bakteria super yang kebal terhadap ubat di Kesatuan Eropah (EU) menimbulkan kebimbangan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kepada RIA Novosti.
Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) memaklumkan bahawa penularan bakteria super berbahaya yang kebal terhadap ubat, Klebsiella pneumoniae, semakin meluas di seluruh Eropah.
"Angka ini membimbangkan kerana arah aliran yang ditunjukkannya. Di EU, anggaran kadar jangkitan aliran darah yang disebabkan oleh Klebsiella pneumoniae yang kebal terhadap carbapenems, iaitu antibiotik kuat yang biasanya dikhususkan untuk merawat jangkitan paling serius, adalah 72 peratus lebih tinggi pada 2025 berbanding 2019," menurut WHO.
WHO memaklumkan bahawa EU menyasarkan pengurangan sebanyak lima peratus dalam tahap kekebalan bakteria super itu terhadap carbapenems menjelang 2030 berbanding paras semasa.
"Di seluruh Wilayah Eropah WHO yang lebih luas, separuh atau lebih daripada bakteria ini kebal terhadap carbapenems di 10 daripada 43 negara yang mengemukakan laporan,” menurut pertubuhan itu.
Menurut WHO, keadaan itu terutamanya melibatkan negara di selatan dan timur Eropah, manakala tahap kekebalan di negara lain kekal di bawah satu peratus.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI