Skip to main content

Malaysia

Malaysia, Pakistan komited perkukuh kerjasama pertahanan – PM Anwar

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dibincangkan ketika menerima kunjungan hormat Ketua Angkatan Pertahanan dan Ketua Staf Tentera Darat Pakistan Field Marshal Syed Asim Munir. - Foto FB Anwar Ibrahim
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dibincangkan ketika menerima kunjungan hormat Ketua Angkatan Pertahanan dan Ketua Staf Tentera Darat Pakistan Field Marshal Syed Asim Munir. - Foto FB Anwar Ibrahim

Ringkasan AI

  • Malaysia dan Pakistan komited memperkukuh kerjasama pertahanan dan keselamatan, termasuk kerjasama tiga hala dengan Turkiye serta keselamatan maritim dan membanteras keganasan.
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Field Marshal Syed Asim Munir turut membincangkan isu keselamatan serantau, ketegangan Asia Barat dan kepentingan keselamatan maritim global.
  • Perbincangan menekankan keperluan dialog, kawalan diri, menghormati kedaulatan negara dan perlindungan orang awam dalam menangani ketegangan di sempadan.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Pakistan komited memperkukuh kerjasama dalam bidang pertahanan dan keselamatan, termasuk menerusi kerjasama tiga hala dengan Turkiye serta meneroka peluang kolaborasi dalam keselamatan maritim dan usaha membanteras keganasan.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dibincangkan ketika menerima kunjungan hormat Ketua Angkatan Pertahanan dan Ketua Staf Tentera Darat Pakistan Field Marshal Syed Asim Munir. 

Beliau berkata pertemuan itu turut membuka ruang untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan keselamatan serantau dan antarabangsa termasuk usaha meredakan ketegangan di Asia Barat serta kepentingan menjamin keselamatan maritim global.

Advertisement

Anwar berkata perbincangan itu juga menyentuh keperluan mengutamakan dialog dan kawalan diri dalam menangani ketegangan di sempadan, dengan menghormati kedaulatan negara dan melindungi orang awam.

“Kerjasama erat ini penting dalam mendukung keamanan, kestabilan dan keselamatan bersama, khususnya di rantau ini,” katanya. 

Advertisement

Perdana Menteri turut merakamkan ucapan tahniah kepada Syed Asim atas pemasyhurannya ke ‘Hall of Fame’ Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) Malaysia.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement