awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AstroBIZ: Bangkit bersama AstroBizone, Ummi Station lebih menyerlah

Malekah Aisyah
Malekah Aisyah
06/01/2026
04:00 MYT
AstroBIZ: Bangkit bersama AstroBizone, Ummi Station lebih menyerlah
Siti Halimah (kanan) berkata, usaha beliau dan keluarga dalam membina sebuah hab komuniti dengan pelbagai inisiatif untuk pelanggan ternyata membuahkan hasil apabila dinobatkan sebagai salah satu pemenang Kempen Astro BizOne Rewards. - Foto Astro
MENTAKAB: Memasuki tahun baharu, AstroBiz masih giat menampilkan pemenang kempen Astro Bizone Rewards edisi pertama sebagai inspirasi kepada pengusaha makanan dan minuman serta individu yang bercita-cita menceburi dunia perniagaan.

Ringkasan AI
  • Memasuki tahun baharu, AstroBiz masih giat menampilkan pemenang kempen Astro Bizone Rewards edisi pertama sebagai inspirasi kepada pengusaha makanan dan minuman serta individu yang bercita-cita menceburi dunia perniagaan.
  • Kali ini, 'spotlight' diberikan kepada Ummi Station, sebuah restoran di Mentakab, Pahang yang membuktikan bahawa perniagaan tempatan mampu bangkit dan berkembang dengan sokongan tepat seperti pakej Astro Bizone.
  • Ditubuhkan lima tahun lalu, Ummi Station pernah menghadapi pelbagai cabaran, termasuk tekanan hebat akibat pandemik COVID-19 pada 2020, sebelum kembali teguh dan berkembang pesat sehingga ke hari ini.
  • Pemiliknya, Siti Halimah Samsudin, berkata salah satu faktor utama kejayaan mereka adalah sokongan Astro Bizone yang menyediakan hiburan berkualiti tinggi kepada pelanggan.

Kali ini, “spotlight” diberikan kepada Ummi Station, sebuah restoran di Mentakab, Pahang yang membuktikan bahawa perniagaan tempatan mampu bangkit dan berkembang dengan sokongan tepat seperti pakej Astro Bizone.
Ditubuhkan lima tahun lalu, Ummi Station pernah menghadapi pelbagai cabaran, termasuk tekanan hebat akibat pandemik COVID-19 pada 2020, sebelum kembali teguh dan berkembang pesat sehingga ke hari ini.
Ummi Station yang sinonim dengan gelaran "Kedai Biru" sangat dikenali ramai penduduk sekitar sebagai destinasi pilihan untuk menonton perlawanan bola sepak secara langsung menerusi Astro BizOne kerana kedai itu dilengkapi kira-kira 3 skrin besar. - Foto Astro
Ummi Station yang sinonim dengan gelaran "Kedai Biru" sangat dikenali ramai penduduk sekitar sebagai destinasi pilihan untuk menonton perlawanan bola sepak secara langsung menerusi Astro BizOne kerana kedai itu dilengkapi kira-kira 3 skrin besar. - Foto Astro
Pemiliknya, Siti Halimah Samsudin, berkata salah satu faktor utama kejayaan mereka adalah sokongan Astro Bizone yang menyediakan hiburan berkualiti tinggi kepada pelanggan.
“Banyak tarikan AstroBizone ini tapi, memang kita langgan dan salah satunya mungkin sukan.
“Saya hanya mencuba nasib dan melanggan ke AstroBizone, kalau dapat menang kempen, dapatlah, sekiranya tidak, tidak mengapa tetapi Alhamdulillah dapat,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di Ummi Station, di sini.
Menurut Siti Halimah, Astro Bizone bukan sahaja menarik pelanggan melalui siaran sukan langsung, malah kandungan berita menerusi saluran Astro AWANI juga menjadi pilihan pengunjung.
Tambahan pula, pelanggan dapat menikmati pelbagai hidangan tempatan asli yang diolah sendiri oleh pemilik restoran seperti ayam berlada, nasi lemak, sambal sotong dan aneka minuman unik termasuk longan susu, teh longan dan banyak lagi.
Pelbagai juadah makanan dan minuman di Ummi Station yang menjadi pilihan ramai kerana harga berpatutan dan rasa enak. - Foto Astro
Pelbagai juadah makanan dan minuman di Ummi Station yang menjadi pilihan ramai kerana harga berpatutan dan rasa enak. - Foto Astro
Beberapa pelanggan tetap turut berkongsi pengalaman mereka menikmati suasana restoran yang meriah, mesra dan inklusif untuk semua kaum.
“Berbilang bangsa akan datang, Cina, India, kadang-kadang memang penuh dekat Ummi Station ni. Memang berpuas hati tengok Astro dekat sini tambah lagi dengan skrin besar.
“Kelebihan dekat kedai ni, skrin dia besar. Kalau ada game (perlawanan), memang kita tengok dengan kawan-kawan,” jelas Mohd Azizul Abdul Aziz.
“Selalunya best lah dekat sini, pekerja pun mesra, pemilik restoran pun baik. Suasana meriah sebab ada live (siaran langsung) bola sepak dan skrin besar.
“Restoran ini juga ada ruang di luar, jadi seronok nak melepak,” kata Nurhazreen Jaqueelia Balqis Borhan.
Selain itu, Siti Halimah menekankan nilai tambah Astro Bizone dari segi memacu pendapatan restorannya serta pemasaran perniagaan ditawarkan dalam Kempen Astro BizOne Rewards.
“Untuk kedai-kedai lain, langgan AstroBizone ni, sebab peluang macam ni memang jarang-jarang. Memang berharga sangat bagi saya. Jadi, ambil peluang ni.
“Cara marketing (pemasaran) Astro buat macam ni memang bagus, saya support sangat. Perniagaan lain pun patut cuba, tarik lagi ramai pelanggan ke kedai mereka,” tambahnya.
Ummi Station kini menjadi contoh bagaimana perniagaan tempatan mampu bangkit, bersinar, dan berkembang dengan strategi tepat serta sokongan Astro Bizone.
Orang ramai membanjiri Ummi Station untuk menyaksikan perlawanan bola sepak secara langsung serta menikmati makanan dan minuman sambil berkongsi cerita. - Foto Astro
Orang ramai membanjiri Ummi Station untuk menyaksikan perlawanan bola sepak secara langsung serta menikmati makanan dan minuman sambil berkongsi cerita. - Foto Astro
Orang ramai juga berpeluang menikmati pelbagai kelebihan serta pendedahan perniagaan menerusi penyertaan Kempen Astro BizOne Rewards bagi siri yang akan datang.
Langgan Astro Bizone sekarang dan rebut peluang untuk mengembangkan perniagaan anda.
Untuk maklumat lanjut, layari biz.astro.com.my .
Topic Berkaitan
#AstroBIZ
#Astro BizOne
#Astro BizONE Rewards
#Ummi Station
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan