BISNES
AstroBiz: The Barrel Irish tawar makanan fusion, suasana santai

Kevinder (kiri) ketika ditemu bual berkata, orang ramai perlu merasai sendiri pelbagai makanan fusion dan pengalaman berkumpul menonton perlawanan sukan secara langsung di The Barrel Irish. Gambar/ Astro
KLANG: The Barrel Irish, restoran yang menyajikan pelbagai makanan fusion lokal dan barat dinobat sebagai salah satu pemenang dalam kempen Astro BizOne rewards.
Ringkasan AI
- The Barrel Irish, restoran yang menyajikan pelbagai makanan fusion lokal dan barat dinobat sebagai salah satu pemenang dalam kempen Astro BizOne rewards.
- Sebagai pemenang, Astro menawarkan kepada pemilik restoran tersebut untuk tampil dalam liputan khas Astro AWANI bagi membantu jenamanya untuk terus berkembang dan kekal menjadi pilihan ramai.
- Pengurusnya, Kevinder Singh berkata, dengan menggabungkan makanan-makanan fusion lokal dan barat serta suasana mesra keluarga, restoran itu berjaya mendapat tempat dalam kalangan pelanggan.

Grilled Chicken Chop menjadi antara menu pilihan ramai di The Barrel Irish. - Foto Astro
Selain menawarkan pelbagai hidangan menarik, restoran itu juga memanjakan pengunjung dengan tayangan rancangan sukan secara langsung menerusi platform Astro BizOne.
“Restoran ini telah beroperasi selama 10 tahun dan kami meletakkan usaha yang kuat dalam menubuhkan restoran ini bersama-sama agar ia terus kekal beroperasi.
“Di sini kami mengutamakan kepuasan pelanggan, jadi kami berazam menyediakan pelbagai jenis makanan lokal dan barat serta minuman-minuman menarik diikuti suasana yang sentiasa riang namun tenang.
“Ada pelanggan yang datang untuk meraikan sambutan hari lahir, malah bagi kanak-kanak juga dan baru-baru ini kami mengadakan sambutan bagi kemenangan kelab Liverpool dan ia diadakan di sini kira-kira 2 bulan lalu, tempat ini dipenuhi pelanggan dan semua orang menikmati acara itu,” jelasnya ketika ditemu bual di The Barrel Irish, di sini.
Katanya, restoran tersebut juga menawarkan permainan snuker sebagai aktiviti untuk pelanggan meluangkan masa bersama rakan-rakan selepas waktu bekerja.
“Astro buat masa ini sememangnya menjadi sokongan besar kepada restoran kami dan dengan mendaftar pakej Astro BizOne, ia pasti akan meningkatkan lagi jualan kami dan menarik lebih ramai pelanggan.
“Kami mempunyai pangkalan peminat serta pelanggan tetap di sini jadi kami sudah mula membawa pelanggan baharu, tetapi dengan Astro BizOne, ia pasti akan membantu menarik lebih ramai orang ke sini,” tambahnya.

Antara makanan kegemaran fusion barat di The Barrel Irish termasuk Fish & Chips, Nasi Goreng Kampung dan banyak lagi. - Foto Astro
Sementara itu, beberapa pelanggan berkongsi pengalaman serta pandangan berhubung The Barrel Irish.
“Jadi apa yang saya suka di sini ialah hidangan chicken chop dengan kuah lada hitam, lepas tu dia punya nasi goreng kampung, it’s very nice (sangat sedap), dan memang rasa keaslian nasi goreng kampung itu.
“Saya di sini dua kali seminggu dan ramai kawan-kawan saya daripada pelbagai kaum terutama Cina datang ke sini untuk meluangkan masa bersama.
“Menjelang musim EPL ini, pelanggan akan mula membanjiri restoran ini sebab mereka tayangkan perlawanan secara langsung menerusi Astro dan ia memudahkan saya sebenarnya, tak payah nak fikir, di sini ada makanan, ada hiburan dan macam-macam lagi,” ujar Siagaram Manikam.
“Apa yang saya suka tentang tempat ini ialah mereka menawarkan pelbagai jenis hiburan yang sangat mengujakan, mereka ada snuker, perlawanan langsung bola sepak daripada Astro, mereka juga tayangkan Formula 1 (F1) yang juga menjadi salah satu rancangan kegemaran saya dan sudah tentu makanan serta suasana orang ramai membuatkan tempat ini lagi menarik.
“Seminggu sekali memang saya akan datang ke sini dengan kawan-kawan, ia sebuah tempat yang seronok untuk kita luangkan masa selepas waktu bekerja,” kata Parkash K.
Kempen Astro BizOne Rewards memberi ganjaran promosi bagi pelanggan makanan dan minuman (F&B) yang melanggan pakej Astro BizOne.
Ayuh sertai Astro Bizone Rewards hari ini dan gandakan potensi bisnes anda ke peringkat lebih tinggi sebelum tarikh tamat pada 17 Oktober 2025.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami