BISNES
AstroBIZ: Bekas pekerja hotel buka District SS15, kini jadi tumpuan komuniti setempat
SUBANG JAYA: Bekas pekerja industri perhotelan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 memilih untuk bangkit dengan membuka sebuah restoran mesra komuniti yang kini mendapat sambutan hangat di Subang Jaya.
District SS15 mula beroperasi kira-kira tujuh bulan lalu hasil usaha Thinneassh, yang mempunyai pengalaman lebih sedekad dalam bidang hospitaliti sebelum diberhentikan kerja semasa pandemik.
“Saya dalam industri hotel hampir 12 tahun. Bila COVID-19 melanda, saya diberhentikan kerja. Dari situ saya mula rancang dan buka tempat ini,” katanya.
District SS15 mengutamakan konsep santai dan mesra pelanggan, dengan tumpuan terhadap keluarga serta kumpulan korporat yang mahukan suasana selesa untuk menjamu selera atau bersantai.“Kalau lihat pilihan makanan kami, memang mesra keluarga dan golongan profesional. Semua orang boleh datang ke sini untuk bersantai. Kami juga sediakan live band dan ruang hiburan,” jelasnya lagi.
Antara menu popular yang mendapat sambutan ialah Crispy Chicken Burger dengan patti buatan sendiri serta Family Platter yang menawarkan gabungan daging lembu, ayam dan kambing untuk tiga hingga empat orang.

Menu istimewa Crispy Chicken Burger dengan patti buatan sendiri. - Gambar AstroBIZ

Family Platter menawarkan gabungan daging lembu, ayam dan kambing untuk tiga hingga empat orang makan. - Gambar AstroBIZ
Thinneassh turut menekankan bahawa majoriti pelanggannya terdiri daripada penduduk sekitar yang menghargai keunikan suasana restoran tersebut, yang disifatkan sebagai ‘neighborhood spot’ yang mudah diakses dan mesra komuniti.
Bagi menambah nilai kepada pengalaman pelanggan, beliau juga melanggan pakej AstroBiz One bagi membolehkan pelanggan menonton perlawanan sukan secara langsung ketika berkunjung ke restoran tersebut.
“Langganan itu beri banyak kesan positif kepada perniagaan kami. Bila ada perlawanan, ramai datang ke sini untuk tonton. Ia jadi sumber pendapatan tambahan untuk kami,” katanya.
Pelanggan turut mengesahkan daya tarikan unik District SS15 yang menjadikannya lokasi pilihan untuk bersosial dan berehat.
“Saya jumpa tempat ni secara tak sengaja masa lalu sini. Tapi saya terus datang balik sebab vibe dia memang best, staf sangat mesra. Saya kenal lebih ramai kawan kat sini, dan saya pun mula perkenalkan tempat ni pada kawan-kawan saya,” kata Jaysu, pelanggan tetap restoran tersebut.
Bagi Kumar, keselesaan dan suasana kekeluargaan yang ditawarkan menjadikan District SS15 berbeza daripada restoran lain di kawasan itu.
“Sangat-sangat selesa, macam rumah keluarga yang mesra. Tempat untuk duduk, lepak dan rehat bersama kawan-kawan,” ujarnya.
Sementara itu, DK yang turut menjadi pelanggan tetap menyatakan bahawa suasana restoran dan kualiti makanan menjadi faktor utama beliau kembali.
“Ini memang tempat kegemaran saya sekarang. Staf di sini sangat mesra, dan yang paling penting, saya memang suka makanan mereka,” katanya ringkas.
Kejayaan District SS15 membuktikan gabungan pengalaman, sokongan komuniti dan strategi digital mampu memperkukuh perniagaan tempatan.
Oleh itu, jangan lepaskan peluang dengan sertai Astro BizOne Rewards hari ini dan gandakan potensi bisnes anda ke peringkat seterusnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami