BISNES
AstroBIZ: La Mesa bawa rasa Sepanyol ke tengah Putrajaya

Vinayagan Mariappan berkata, restoran itu ditubuhkan selepas sekumpulan penggemar makanan sebulat suara untuk mencipta sebuah hab komuniti bagi menikmati pelbagai juadah Sepanyol.
PUTRAJAYA: Seakan-akan berada di Sepanyol, tanpa perlu terbang jauh!
Ringkasan AI
- La Mesa, restoran berkonsepkan masakan Sepanyol di Putrajaya, dipilih sebagai salah satu pemenang Kempen Astro BizOne Rewards.
- Restoran ini menampilkan menu autentik Sepanyol dengan sentuhan lokal serta suasana meriah termasuk tayangan sukan secara langsung menerusi langganan Pakej Astro BizOne, yang meningkatkan pengalaman pelanggan.
- Kempen Astro BizOne Rewards yang berlangsung hingga 17 Oktober 2025 menyasarkan 200 premis F&B terbaik di seluruh Malaysia untuk menerima sokongan pemasaran berimpak tinggi melalui langganan atau naik taraf pakej Astro BizOne.
Pengurusnya, Vinayagan Mariappan berkata, restoran itu ditubuhkan selepas sekumpulan penggemar makanan sebulat suara untuk mencipta sebuah hab komuniti bagi menikmati pelbagai juadah Sepanyol.
“La Mesa bermaksud “Meja Raja” dalam bahasa Sepanyol, nama itu tercetus kerana kami menyediakan ruang makan yang luas di dalam restoran dengan meja yang mampu dipenuhi 24 individu.
“Kami mengetengahkan menu autentik Sepanyol namun, memberi sentuhan sesuai dengan cita rasa lokal agar pengunjung dapat menikmati juadah dengan lebih nikmat," katanya ketika di temu bual di La Mesa, di sini.
Katanya, antara makanan istimewa termasuk Seafood Paella, Steak daging, Chicken Parmigiana dan banyak lagi.

La Mesa, Putrajaya menonjol ketika waktu malam. - Foto Astro
Dalam pada masa sama, langganan pakej Astro BizOne membantu restoran itu berkembang kerana rata-rata pelanggan dapat menikmati pelbagai rancangan hiburan dan sukan berdefinisi tinggi sambil ditemani suasana yang meriah.
“Di sini kami bukan sahaja menyediakan makanan dan minuman, kami juga menyediakan suasana.
“Dan bagaimana Astro menyokong kami dalam hal ini? Kami bukan sahaja memasang televisyen tetapi beberapa skrin di sini dengan sistem bunyi yang baik supaya pelanggan boleh menikmati perlawanan sukan dan datang bersama rakan-rakan bagi meluangkan masa lebih lama.
“Pelanggan boleh memberi sokongan dan bersorak untuk pasukan bola sepak pilihan mereka.

Orang ramai kekal membanjiri Restoran La Mesa kerana hidangan Sepanyol yang menggiurkan dan tayangan sukan secara langsung menerusi Pakej Astro BizOne. - Foto Astro
Sementara itu, beberapa pelanggan turut mempersetujui perkara itu.
“Hidangan paling saya suka dia punya Spicy Chicken Carbonara Pasta.
“Di sini sangat meriah sebab ramai orang datang dan kita juga boleh makan sambil menonton televisyen.
“Mereka juga memasang saluran Astro jadi semua boleh menonton perlawanan bola sepak secara langsung,” kata Norasraf Haikal A. Razak.
“Saya suka pesan Octopus Salad mereka, anak-anak pula suka steak daging dan variasi Tapas.
“Saya suka suasana, keheningan, dan dapat lihat matahari terbenam pada waktu petang di sini dan waktu malam pula mereka ada siaran langsung rancangan Astro di sini,” jelas Allan Bc Lee.
Sehingga hari ini, lebih 80 premis makanan dan minuman (F&B) di seluruh Malaysia berjaya menerima sokongan pemasaran berimpak tinggi daripada Astro.
Kempen yang sedang berlangsung hingga Oktober 2025 ini menyasarkan pemberian ganjaran kepada 200 premis makanan terbaik yang mendaftar, memperbaharui, atau menaik taraf Pakej Astro BizOne.
Tunggu apa lagi? Ayuh sertai Astro BizOne Rewards hari ini dan gandakan potensi bisnes anda ke peringkat lebih tinggi sebelum tarikh tamat pada 17 Oktober 2025.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web biz.astro.com.my .
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami