awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Awas! Tiga sektor pekerjaan paling berisiko membuang pekerja

Shafizan Johari
Shafizan Johari
10/10/2017
09:28 MYT
Awas! Tiga sektor pekerjaan paling berisiko membuang pekerja
Orang ramai membanjiri Jalan Tuanku Abdul Rahman yang merupakan lokasi tumpuan untuk membeli barangan persiapan menjelang Hari Raya hari ini yang bertarikh pada Nov 4, 2016. - FotoBERNAMA
FENOMENA pembuangan kerja kini tidak boleh lagi dikaitkan dengan kemerosotan ekonomi semata-mata kerana perkara itu turut didorong oleh pelaksanaan sistem automasi di tempat kerja.
Ini kerana pelaksanaan sistem automasi yang lebih menjimatkan kos memaksa syarikat menukar strategi perniagaan masing-masing hingga menyaksikan lebih ramai pekerja terpaksa dibuang.
Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan sebelum ini memberi amaran tiga sektor paling berisiko tinggi berdepan pembuangan ialah sektor pembuatan, peruncitan dan kewangan susulan pelaksanaan sistem automasi.
Kajian Forum Ekonomi Dunia (WEF) menyatakan antara tahun 2015 dan 2020 lebih 5 juta pekerjaan akan digantikan dengan mesin.
Kajian Forum Ekonomi Dunia (WEF) menyatakan antara tahun 2015 dan 2020 lebih 5 juta pekerjaan akan digantikan dengan mesin.
Malah katanya, lebih ramai pekerja mungkin dibuang tahun ini di Malaysia.
Pada 2016, 40,000 pekerja diberhentikan sementara lebih 17,000 lagi dibuang sehingga Jun tahun ini.
Pada 2015, 44,000 pekerja diberhentikan dan 18,000 daripadanya adalah daripada sektor perbankan, susulan langkah industri kewangan yang melaksanakan sistem perbankan dalam talian.
Dalam pada itu, kajian Forum Ekonomi Dunia (WEF) menyatakan antara tahun 2015 dan 2020, lebih 5 juta pekerjaan akan digantikan dengan mesin.
Sementara laporan The Future of Employment oleh Universiti Oxford pada 2013 meletakkan pegawai telepemasaran, pegawai kredit dan juruwang sebagai pekerjaan paling berisiko untuk digantikan dengan mesin.
Manakala pekerja sosial, pakar terapi pemulihan serta pakar diet dan nutrisi adalah pekerjaan yang paling selamat.
Selain itu, Pengasas Syarikat Perunding DDG, Justin Tobin mencadangkan para pekerja mula mempelbagaikan kemahiran bagi menghadapi masa hadapan yang semakin mencabar.
Topic Berkaitan
#datajournalism
#ekonomi
#MEF
#pemberhentian kerja
#pengangguran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan