Skip to main content

Dunia

Putin tidak pernah tolak rundingan dengan Zelenskyy, akan jawab panggilannya - Kremlin

Zelenskyy dialu-alukan untuk datang ke Moscow bagi mengadakan rundingan dengan Putin. - Gambar fail/ Reuters
Zelenskyy dialu-alukan untuk datang ke Moscow bagi mengadakan rundingan dengan Putin. - Gambar fail/ Reuters

Advertisement

Advertisement

MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin tidak pernah menolak rundingan dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy dan akan menjawab panggilan telefon daripada pemimpin itu, menurut pembantu dasar luar Kremlin Yury Ushakov dalam satu temu bual yang diterbitkan pada Ahad.

Menurut Anadolu Ajansi, Ushakov ketika bercakap kepada seorang wartawan Vesti berkata, pemimpin Rusia itu kekal terbuka untuk berkomunikasi secara langsung dengan rakan sejawatnya dari Ukraine.

"Saya fikir beliau sudah tentu akan menjawabnya. Putin tidak pernah sekali pun menolak rundingan," kata Ushakov.

Advertisement

Beliau turut berkata, Zelenskyy dialu-alukan untuk datang ke Moscow bagi mengadakan rundingan dengan Putin.

"Beliau menghantar isyarat melalui pelbagai saluran. Beliau mahu berunding, dan jika beliau benar-benar mahu berunding, datanglah ke sini," kata Ushakov.

Advertisement

Mengenai rundingan yang bertujuan menyelesaikan konflik di Ukraine, Ushakov berkata pusingan awal rundingan sepatutnya melibatkan Rusia, Ukraine dan Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata, wakil Eropah boleh mengambil bahagian pada peringkat kemudian, sambil menekankan bahawa mesyuarat awal perlu diadakan dalam format tiga pihak.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video

Advertisement