KUALA LUMPUR: Bajet 2022 mewujudkan jurang besar dari segi peruntukan untuk golongan Bumiputera dan komuniti bukan Bumiputera.
Menurut pakar ekonomi, Muhammed Abdul Khalid, peruntukan untuk komuniti Bumiputera merangkumi RM11.4 bilion manakala komuniti Cina dan India hanya menerima RM345 juta secara bersama.
“Itu hanya sekitar 3 peratus daripada apa yang diterima oleh komuniti Bumiputera. Apa yang penting pada saya, selaku seorang Muslim, adalah konsep keadilan. Di mana keadilan?
“Betul terdapat ramai komuniti Cina yang kaya namun ramai juga yang miskin. Adakah kita berlaku adil?,” soalnya dalam program Bajet 2022: Mampukah Rawat Ekonomi Melayu anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia yang berlangsung secara maya pada Khamis.
Beliau turut berkata, dengan peruntukan Bajet 2022 untuk komuniti Bumiputera, jumlah keseluruhan peruntukan untuk tiga tahun bagi komuniti itu mencecah RM30 bilion.
“Apa kesannya? Kita tidak tahu. Bumiputera mana yang dibantu?,” katanya.
Khalid turut mempersoal pengenalan Cukai Makmur, yang merupakan cukai korporat dikenakan sekali saja ke atas syarikat yang memperoleh keuntungan di atas RM100 juta pada kadar 33 peratus dan 24 peratus.
SEBENARNYA, APA FAEDAH ANDA DAPAT DALAM BAJET 2022? JAWAB KUIZ INI!
“Kita tidak pernah mendengar (Cukai Makmur). Secara tiba-tiba, ia dinaikkan kepada 33 peratus, demi memperoleh pendapatan cukai RM3 bilion, kita lihat pasaran modal jatuh sebanyak RM33 bilion,” katanya.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz semasa membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada 29 Oktober lalu, berkata kerajaan bercadang memperkenalkan cukai khas secara sekali sahaja, iaitu Cukai Makmur, kepada syarikat yang menjana pendapatan tinggi bagi memastikan sistem kesihatan awam lebih berdaya tahan dalam menghadapi sebarang ancaman pada masa hadapan.
Dalam pembentangannya, Tengku Zafrul turut berkata, Cukai Makmur dikenakan syarikat dengan pendapatan bercukai sehingga RM100 juta pertama akan dikenakan cukai pendapatan pada kadar 24 peratus dan pendapatan bercukai selebihnya akan dikenakan cukai pendapatan pada kadar 33 peratus bagi tahun taksiran 2022," katanya.
Beliau turut berkata, pada tahun depan, ekonomi negara diunjurkan terus berkembang pada 5.5 hingga 6.5 peratus berpaksikan asas ekonomi yang masih kukuh dan struktur yang pelbagai.
Bajet 2022 bertemakan 'Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera' mendukung tiga tunjang utama iaitu memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan.
Najib Aroff
Fri Nov 05 2021
Khalid turut mempersoal pengenalan Cukai Makmur bagi pendapat korporat di atas RM100 juta pada kadar 33 peratus dan 24 peratus seterusnya secara sekali. - Gambar fail
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Naikkan kadar RMT ke RM4, libatkan sekali M40 yang memerlukan - Maszlee
Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, berdasarkan keadaan semasa, ia perlu dinaikkan kepada kadar yang berpatutan iaitu RM4.
Atlet berprestasi tinggi diberi keutamaan sertai tiga temasya sukan - KBS
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan atlet berprestasi tinggi akan tetap diberikan keutamaan bagi menghadapi tiga temasya sukan antarabangsa tahun depan.
Moody's Analytics unjur ekonomi Malaysia meningkat semula pada suku keempat
Bajet 2022 yang membabitkan peruntukan besar, akan turut membantu dari segi menampung pemulihan ekonomi dalam tempoh pasca-pandemik COVID-19.
Bajet 2022 kepada Parlimen adalah kecil, tidak signifikan untuk agenda transformasi - REFSA
Menurut Koordinator Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA) Fakhrurrazi Rashid, peruntukan JPM dalam Belanjawan 2022 hampir 80 kali ganda lebih besar berbanding peruntukan parlimen.
Bank Dunia saran laksana lebih banyak langkah berstruktur untuk tingkatkan hasil kerajaan
Langkah berstruktur atau lebih mampan diperlukan apabila melibatkan usaha untuk meningkatkan hasil kerajaan pada masa depan.
Bajet 2022: Kenapa penjawat awam dapat bantuan khas RM700? Ini jawapan Tengku Zafrul
Ada yang berpendapat ia tidak adil memandangkan penjawat awam tidak begitu terkesan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat COVID-19.
Bajet 2022: Agenda AWANI eksklusif bersama Menteri Kewangan malam ini
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bakal memperincikan naratif Bajet 2022.
Bajet 2022 percepat pemulihan sektor kreatif, seni dan budaya - MyCreative
MyCreative menyambut baik peruntukan RM288 juta untuk pelbagai inisiatif merancakkan industri kreatif melalui pembentangan bajet 2022.
Bajet 2022: Belanjawan negara bersifat inklusif - Hajiji
Sabah menyifatkan pembentangan Bajet 2022 hari ini sebagai inklusif dan tidak membelakangkan mana-mana sektor ketika negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.
Bajet 2022: Pengecualian sepenuhnya duti import, duti eksais, cukai jualan kenderaan elektrik
Kerajaan bercadang memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV).