Skip to main content

Sukan

Mohamad Norza dinobat Ikon Sukan Terbaik Anugerah SEBA ASEAN Elite 2025-2026

Mohamad Norza (tengah) menerima anugerah Ikon Sukan Tahunan daripada Pengerusi dan Pengasas SME and Entrepreneurs Business Awards (SEBA Awards), Datuk Nitesh Malani (kanan) dan Ahli Lembaga Penasihat SME and Entrepreneurs Business Awards (SEBA), Datuk Seri Abdul Halim Hussain (kiri) pada majlis SEBA ASEAN Elite Edition 2025/2026, pada Selasa. - Gambar Bernama
Mohamad Norza (tengah) menerima anugerah Ikon Sukan Tahunan daripada Pengerusi dan Pengasas SME and Entrepreneurs Business Awards (SEBA Awards), Datuk Nitesh Malani (kanan) dan Ahli Lembaga Penasihat SME and Entrepreneurs Business Awards (SEBA), Datuk Seri Abdul Halim Hussain (kiri) pada majlis SEBA ASEAN Elite Edition 2025/2026, pada Selasa. - Gambar Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menerima pengiktirafan Ikon Sukan Terbaik pada Anugerah SEBA Asean Elite 2025/2026 yang berlangsung di sini, semalam.

Pengiktirafan itu diberikan sebagai menghargai sumbangan dan kepimpinan beliau dalam pembangunan sukan negara.

Norza yang juga Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata, penghormatan berkenaan menjadi suntikan semangat untuk beliau terus memperkukuh usaha memajukan sukan tanah air.

Advertisement

Beliau turut merakamkan penghargaan atas pengiktirafan itu yang disifatkannya sebagai bukti bahawa usaha yang dilakukan selama ini mendapat perhatian dan pengiktirafan.

"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan bersyukur atas penghormatan serta pengiktirafan yang diberikan.

Advertisement

"Ini menunjukkan usaha selama ini untuk menyumbang kepada pembangunan sukan negara dihargai dan saya amat menghargai anugerah ini kerana ia juga akan memberi inspirasi kepada saya untuk bekerja lebih keras," katanya ketika ditemui selepas majlis penganugerahan tersebut.

Mohamad Norza merupakan antara 38 penerima anugerah pada majlis gala yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), yang menghimpunkan usahawan, pemimpin korporat dan tokoh industri dari seluruh rantau ini.

Anjuran Yayasan Usahawan Malaysia, SEBA mengiktiraf individu dan organisasi atas pencapaian dalam kepimpinan, inovasi serta sumbangan kepada industri masing-masing.

Turut menerima pengiktirafan ialah penyanyi Nur Ernie Shahirah Zakri (Ernie Zakri) yang diumum sebagai Usahawan Selebriti Terbaik manakala pelakon dan pengasas jenama Numinara, Diana Danielle Danny Beeson (Diana Danielle), menerima anugerah Ikon Keusahawanan Berpengaruh Terbaik.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement