awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2022: Empat Kertas Konsultasi Awam dikeluarkan, rakyat boleh beri cadangan - Tengku Zafrul

Fareez Azman
Fareez Azman
09/09/2021
05:12 MYT
Bajet 2022: Empat Kertas Konsultasi Awam dikeluarkan, rakyat boleh beri cadangan - Tengku Zafrul
TENGKU ZAFRUL: MoF telah mengeluarkan Penyata Pra-Belanjawan dan empat Kertas Konsultasi Awam (KKA) dalam usaha menambah baik ketelusan dan keterangkuman di dalam proses penyediaan Bajet 2022. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan pihaknya telah mengeluarkan Penyata Pra-Belanjawan dan empat Kertas Konsultasi Awam (KKA) dalam usaha menambah baik ketelusan dan keterangkuman di dalam proses penyediaan Bajet 2022.
Jelasnya, kesemua kertas cadangan itu turut menyentuh berkenaan polisi perkhidmatan kerajaan, insentif cukai dan dasar perolehan Bumiputera.
"Belanjawan 2022 berkonsepkan belanjawan pemulihan. Bertemakan Pemulihan, Ketahanan dan Pembaharuan, kita telah mengeluarkan Penyata Pra-Belanjawan dan empat Kertas Konsultasi Awam, ini pertama kali diadakan dalam sejarah kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pembukaan Sidang Kemuncak Pelan Pemulihan Negara anjuran Institut Strategik KSI bagi Asia Pasifik dan Kelab Ekonomi Kuala Lumpur yang diadakan secara maya pada Khamis.
Tambah Tengku Zafrul, Kertas Konsultasi Awam itu turut terkandung cadangan Penggubalan Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) dan penambahbaikan program bantuan tunai untuk rakyat.
"Saya berharap dapat mendengar pendapat dan cadangan anda, untuk kami rangka Belanjawan terpenting dalam sejarah negara kita.
"Pelengkap Belanjawan 2022 adalah pelaburan dengan mendapat hak dan rakan kongsi yang betul," katanya lagi.
Justeru, usaha itu katanya diletakkan di bawah tanggungawab Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi agenda Aspirasi Pelaburan Nasional dalam menarik lebih ramai pelabur ke Malaysia.
.
Topic Berkaitan
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#bajet 2022
#Kertas Konsultasi Awam
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan