KUALA LUMPUR: Bajet 2022 mampu menyokong agenda pemulihan negara selepas pandemik COVID-19, termasuk memberi keyakinan kepada pelabur antarabangsa untuk kembali ke negara ini, kata Datuk Seri Azmin Alin.
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu berkata, kementeriannya telah menetapkan sasaran untuk menarik pelaburan berteknologi tinggi serta mampu menyediakan 114,000 peluang pekerjaan.
Ahli Parlimen Gombak itu berkata, dengan keadaan yang semakin memulih, kementeriannya komited menggerakkan misi pelaburan ke negara-negara maju seperti Jepun, Korea Selatan, Timur Tengah serta Eropah.
“Dalam misi ke Eropah baru-baru ini, potensi nilai pelaburan baharu yang dijangka terhasil daripada misi itu ialah sebanyak RM14 bilion dengan potensi eksport sebanyak RM400 juta.
“Ini menunjukkan permintaan luaran itu semakin meningkat dan produk tempatan cukup kompetitif untuk diterima pasaran global,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.
Dalam pembentang Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sebanyak RM25 juta dikhususkan bagi penerokaan pelaburan berimpak tinggi dan pasaran eksport baharu melalui Misi Perdagangan dan Pelaburan.
Selain itu, beliau turut mengumumkan dana khas pelaburan strategik sehingga RM2 bilion bagi menarik pelaburan asing strategik dalam kalangan syarikat multinasional khususnya yang dapat melengkapkan rantaian nilai industri dan memacu penjanaan pekerjaan berteraskan pengetahuan dan peluang pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.
Mengulas lanjut, Azmin berkata, Bajet itu dapat membantu usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara, dengan menarik pelaburan baharu berteknologi tinggi serta teknologi hijau seperti tergaris dalam Rancangan Malaysia Ke-12.
Azmin berkata, ianya juga selari dengan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) yang telah diluluskan pada April tahun ini dan meletakkan elemen ESG (alam sekitar, sosial, tadbir urus) – sebagai dasar pelaburan baharu negara.
“Kita mahu menarik pelaburan berkualiti dan berteknologi tinggi. Kerana apa yang berlaku selama ini, banyak pelaburan datang ke Malaysia lebih bersifat labour intensive, ini sebabkan negara terlalu bergantung kepada pekerja asing.
“Dan hari ini saja kita sedia maklum mempunyai lima juta pekerja asing, sedangkan saya yakin, anak-anak tempatan ada potensi dan kemahiran sekiranya mereka diberikan peluang untuk diasah bakat, kemahiran mereka,” kata beliau lagi.
Firdaus Azil
Fri Oct 29 2021
Azmin berkata, kementeriannya komited menggerakkan misi pelaburan ke negara maju seperti Jepun, Korea Selatan, Timur Tengah dan Eropah. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Naikkan kadar RMT ke RM4, libatkan sekali M40 yang memerlukan - Maszlee
Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, berdasarkan keadaan semasa, ia perlu dinaikkan kepada kadar yang berpatutan iaitu RM4.
Atlet berprestasi tinggi diberi keutamaan sertai tiga temasya sukan - KBS
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan atlet berprestasi tinggi akan tetap diberikan keutamaan bagi menghadapi tiga temasya sukan antarabangsa tahun depan.
Moody's Analytics unjur ekonomi Malaysia meningkat semula pada suku keempat
Bajet 2022 yang membabitkan peruntukan besar, akan turut membantu dari segi menampung pemulihan ekonomi dalam tempoh pasca-pandemik COVID-19.
Bajet 2022 kepada Parlimen adalah kecil, tidak signifikan untuk agenda transformasi - REFSA
Menurut Koordinator Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA) Fakhrurrazi Rashid, peruntukan JPM dalam Belanjawan 2022 hampir 80 kali ganda lebih besar berbanding peruntukan parlimen.
Bank Dunia saran laksana lebih banyak langkah berstruktur untuk tingkatkan hasil kerajaan
Langkah berstruktur atau lebih mampan diperlukan apabila melibatkan usaha untuk meningkatkan hasil kerajaan pada masa depan.
Bajet 2022: Kenapa penjawat awam dapat bantuan khas RM700? Ini jawapan Tengku Zafrul
Ada yang berpendapat ia tidak adil memandangkan penjawat awam tidak begitu terkesan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat COVID-19.
Bajet 2022: Agenda AWANI eksklusif bersama Menteri Kewangan malam ini
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bakal memperincikan naratif Bajet 2022.
Bajet 2022 percepat pemulihan sektor kreatif, seni dan budaya - MyCreative
MyCreative menyambut baik peruntukan RM288 juta untuk pelbagai inisiatif merancakkan industri kreatif melalui pembentangan bajet 2022.
Bajet 2022: Belanjawan negara bersifat inklusif - Hajiji
Sabah menyifatkan pembentangan Bajet 2022 hari ini sebagai inklusif dan tidak membelakangkan mana-mana sektor ketika negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.
Bajet 2022: Pengecualian sepenuhnya duti import, duti eksais, cukai jualan kenderaan elektrik
Kerajaan bercadang memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV).