MELAKA: Bajet 2022 yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam akan memperkasa pasukan keselamatan terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mendepani cabaran baharu ketika negara masih lagi bergelut dengan ancaman COVID-19, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Katanya beliau telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan sebelum Bajet 2022 dibentangkan agar kerajaan memberi keutamaan kepada PDRM untuk menyusun strategi terbaik menghadapi sebarang ancaman yang dicetuskan pandemik.
"Kita nak kedudukan Kementerian Dalam Negeri (KDN) diberikan keutamaan kerana berdasarkan pengalaman tahun lepas, penugasan yang telah diberikan, tiba-tiba banyak perkara baharu (berlaku). Contohnya Op Benteng, bagaimana nak jaga sempadan.
"Dulu-dulu kita tak ada strategi untuk Op Benteng, sekarang kita dah tahu mana tak cukup dan mana perlu buat tambahan. Kita buat strategi dan bentang kepada Kementerian Kewangan," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim dan Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali.
Hamzah berkata pewartaan empat pintu masuk imigresen baharu dan pembinaan lapan pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Sabah dan Sarawak juga merupakan antara strategi baharu Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam usaha membasmi masalah di sempadan negara.
Semalam Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 berkata RM230 juta diberikan kepada anggota PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menjaga kebajikan mereka dan RM13 juta bagi memperkasa Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) PDRM.
Sementara itu merujuk kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Hamzah yang merupakan Setiausaha Agung Bersatu berkata pihaknya mengambil maklum keputusan UMNO untuk meneruskan persefahaman dengan PAS.
Katanya dalam masa yang sama beliau memahami maksud tersurat ketika Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan tidak menyebut nama Bersatu dalam sidang medianya yang diadakan malam Khamis lepas.
"Setiausaha Agung UMNO tak sebut pun nama parti saya Bersatu. Kalau daripada pemahaman kita orang biasa, makna apa? Maknanya dia (UMNO) tak mahu bekerjasama dengan Bersatu. Yang tersirat, itu saya tak faham....Saya tak faham bab tersirat, saya hanya faham bab tersurat," katanya.
Khamis lepas, UMNO memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan PAS bagi menghadapi PRN Melaka, 20 Nov ini selaras ketetapan Perhimpuan Agung parti itu tahun lepas yang antara lain untuk memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) yang dibentuk antara dua parti berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 30 2021
Hamzah beliau telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan sebelum Bajet 2022 dibentangkan agar kerajaan memberi keutamaan kepada PDRM untuk menyusun strategi terbaik menghadapi sebarang ancaman yang dicetuskan pandemik. - fotoBERNAMA
Nahas helikopter Lumut: Penghormatan terakhir buat kru TLDM terkorban
Semua jenazah akan dibawa sebaik proses bedah siasat dijalankan selesai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea
Kemenangan itu meletakkan Arsenal tiga mata di hadapan Liverpool yang kini berada di tangga kedua dengan bermain lebih satu perlawanan.
Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Beberapa syarikat telah mempertaruhkan robot humanoid untuk penuhi potensi kekurangan tenaga kerja dan melaksanakan tugas berulang.
Cedera terkena letupan, padah tendang bendera Palestin
Letupan kuat dan asap tebal memenuhi lokasi tersebut sejurus dia menendang bendera Palestin yang dipasang di tengah kawasan padang rumput.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.
Naikkan kadar RMT ke RM4, libatkan sekali M40 yang memerlukan - Maszlee
Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, berdasarkan keadaan semasa, ia perlu dinaikkan kepada kadar yang berpatutan iaitu RM4.
Atlet berprestasi tinggi diberi keutamaan sertai tiga temasya sukan - KBS
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan atlet berprestasi tinggi akan tetap diberikan keutamaan bagi menghadapi tiga temasya sukan antarabangsa tahun depan.
Moody's Analytics unjur ekonomi Malaysia meningkat semula pada suku keempat
Bajet 2022 yang membabitkan peruntukan besar, akan turut membantu dari segi menampung pemulihan ekonomi dalam tempoh pasca-pandemik COVID-19.
Bajet 2022 kepada Parlimen adalah kecil, tidak signifikan untuk agenda transformasi - REFSA
Menurut Koordinator Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA) Fakhrurrazi Rashid, peruntukan JPM dalam Belanjawan 2022 hampir 80 kali ganda lebih besar berbanding peruntukan parlimen.
Bank Dunia saran laksana lebih banyak langkah berstruktur untuk tingkatkan hasil kerajaan
Langkah berstruktur atau lebih mampan diperlukan apabila melibatkan usaha untuk meningkatkan hasil kerajaan pada masa depan.
Bajet 2022: Kenapa penjawat awam dapat bantuan khas RM700? Ini jawapan Tengku Zafrul
Ada yang berpendapat ia tidak adil memandangkan penjawat awam tidak begitu terkesan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat COVID-19.
Bajet 2022: Agenda AWANI eksklusif bersama Menteri Kewangan malam ini
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bakal memperincikan naratif Bajet 2022.
Bajet 2022 percepat pemulihan sektor kreatif, seni dan budaya - MyCreative
MyCreative menyambut baik peruntukan RM288 juta untuk pelbagai inisiatif merancakkan industri kreatif melalui pembentangan bajet 2022.
Bajet 2022: Belanjawan negara bersifat inklusif - Hajiji
Sabah menyifatkan pembentangan Bajet 2022 hari ini sebagai inklusif dan tidak membelakangkan mana-mana sektor ketika negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.
Bajet 2022: Pengecualian sepenuhnya duti import, duti eksais, cukai jualan kenderaan elektrik
Kerajaan bercadang memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV).