awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2022: Proses kumpul idea, hala tuju ekonomi pasca COVID-19 - Tengku Zafrul

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
01/09/2021
09:09 MYT
Bajet 2022: Proses kumpul idea, hala tuju ekonomi pasca COVID-19 - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul Tengku berkata Belanjawan 2022 bukan sahaja dirangka secara inklusif tetapi juga disifatkan sebagai bajet pemulihan terpenting buat negara. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan (MoF) ketika ini dalam proses pengumpulan idea dan maklum balas bagi penyediaan Bajet 2022.
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Bajet 2022 bukan sahaja dirangka secara inklusif tetapi juga disifatkan sebagai bajet pemulihan terpenting buat negara.
"Selain daripada bantuan untuk rakyat, Bajet 2022 ini akan menetapkan hala tuju ekonomi Malaysia pasca pandemik COVID-19 selaras dengan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang akan dibentangkan dalam sesi Parlimen yang akan datang.
"Buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, kita berkongsi kenyataan Pra-Bajet bagi meningkatkan ketelusan proses dan penglibatan rakyat dalam merangka inisiatif bajet tahunan serta meningkatkan keyakinan awam terhadap pengurusan fiskal negara terutamanya dalam kalangan pelabur," katanya, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-66, hari ini.
[TERKINI] Sidang media Menteri Kewangan | 1 Sept 2021
Jelas Tengku Zafrul, setakat semalam sahaja, sesi libat urus telah dijalankan dengan pelbagai badan, antaranya Khazanah Research Institute tentang hala tuju dan elemen yang perlu diberi tumpuan dalam belanjawan 2020.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata Program Jaringan Prihatin yang dilancarkan Mei lalu khusus untuk golongan B40 akan dilanjutkan sehingga 30 September ini.
Setakat 20 Ogos, sebanyak RM412.6 juta subsidi telah dimanfaatkan melibatkan 3.1 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), tambah beliau.
Topic Berkaitan
#Tengku Zafrul
#Belanjawan 2022
#ekonomi malaysia
#bajet 2022
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan