KUALA LUMPUR : Elegan, unik dan mewah.
Itu yang terserlah daripada penampilan segak Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini.
Busana baju Melayu yang digayakan oleh beliau dilengkapkan dengan padanan aksesori yang cukup bermakna.
Songket dipakai adalah merupakan hasil tangan usahawan dari Gedong, Sarawak, manakala beg sampul yang digunakan untuk membawa dokumen Bajet 2022 pula adalah hasil pereka Earth Heir dan masyarakat Dusun Minokok di Sabah.
"Hari ini saya rasa cukup bertuah kerana memakai kain penakan Songket Sarawak, bermotifkan pinang muda yang membawa maksud keharmonian pelbagai kaum yang dihasilkan 100 peratus oleh komuniti usahawan dari Gedong, Sarawak.
"Songket ini dihasilkan selama tiga bulan," kata Tengku Zafrul yang memberikan apresiasi terhadap rekaan karya tempatan itu.
BACA SEMUA LAPORAN MENGENAI BAJET 2022 DI SINI
Beliau dalam masa sama menzahirkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Negeri Sarawak yang membangunkan produk tempatan seperti itu menerusi inisiatif Old Kuching Smart Heritage (OKSHE).
"Inisiatif ini juga mendapat kerjasama sebuah pusat kemahiran teknikal iaitu Centre of Technical Excellent Sarawak (Centexs) yang juga berjaya membantu komuniti usahawan tempatan Sarawak dari segi latihan kemahiran untuk menghasilkan produk warisan.
"Saya difahamkan, CENTEXS juga berperanan membantu golongan usahawan tersebut untuk memasarkan produk mereka selain menambah pendapatan mereka menerusi platform Centexs Commercial," ceritanya lebih lanjut.
Dalam pada itu, jenama kraf dan fesyen tempatan, Earth Heir turut berkongsi mengenai rekaan khas beg sampul berkenaan di laman Facebooknya.
Kata Earth Heir, beg itu dikenali sebagai Zack Folder.
"Beg anyaman hitam ini direka khas bagi membawa dokumen Bajet 2022 yang dibentangkan oleh Tengku Zafrul.
"Beg ini sesuai digunakan untuk membawa laptop.
"Zack Folder ini direka dan dibangunkan oleh Earth Heir dengan kerjasama artisan dari kaum Dusun Minokok di Sabah.
"Karya seni buluh halus di tengah-tengah setiap folder kanvas kapas telah ditenun tangan dan diwarnai dengan pewarna semula jadi iaitu daripada 'air kayu'," kongsi Earth Heir mengenai rekaan unik itu.
Terdahulu, Tengku Zafrul hadir di Dewan Rakyat bagi membentangkan Bajet 2022 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama.
Tiga matlamat utama dalam Bajet 2022 yang digariskan adalah melindungi dan memulih kehidupan serta mata pencarian, membina semula daya ketahanan negara dan memangkin pembaharuan.
Nickyson Nyambar
Fri Oct 29 2021
Tengku Zafrul tampil segak dan kemas mengenakan baju Melayu bersamping Songket Sarawak dilengkapi beg sampul hasil tangan masyarakat Dusun Minokok. - Gambar/ Jabatan Penerangan
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Naikkan kadar RMT ke RM4, libatkan sekali M40 yang memerlukan - Maszlee
Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, berdasarkan keadaan semasa, ia perlu dinaikkan kepada kadar yang berpatutan iaitu RM4.
Atlet berprestasi tinggi diberi keutamaan sertai tiga temasya sukan - KBS
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan atlet berprestasi tinggi akan tetap diberikan keutamaan bagi menghadapi tiga temasya sukan antarabangsa tahun depan.
Moody's Analytics unjur ekonomi Malaysia meningkat semula pada suku keempat
Bajet 2022 yang membabitkan peruntukan besar, akan turut membantu dari segi menampung pemulihan ekonomi dalam tempoh pasca-pandemik COVID-19.
Bajet 2022 kepada Parlimen adalah kecil, tidak signifikan untuk agenda transformasi - REFSA
Menurut Koordinator Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA) Fakhrurrazi Rashid, peruntukan JPM dalam Belanjawan 2022 hampir 80 kali ganda lebih besar berbanding peruntukan parlimen.
Bank Dunia saran laksana lebih banyak langkah berstruktur untuk tingkatkan hasil kerajaan
Langkah berstruktur atau lebih mampan diperlukan apabila melibatkan usaha untuk meningkatkan hasil kerajaan pada masa depan.
Bajet 2022: Kenapa penjawat awam dapat bantuan khas RM700? Ini jawapan Tengku Zafrul
Ada yang berpendapat ia tidak adil memandangkan penjawat awam tidak begitu terkesan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat COVID-19.
Bajet 2022: Agenda AWANI eksklusif bersama Menteri Kewangan malam ini
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bakal memperincikan naratif Bajet 2022.
Bajet 2022 percepat pemulihan sektor kreatif, seni dan budaya - MyCreative
MyCreative menyambut baik peruntukan RM288 juta untuk pelbagai inisiatif merancakkan industri kreatif melalui pembentangan bajet 2022.
Bajet 2022: Belanjawan negara bersifat inklusif - Hajiji
Sabah menyifatkan pembentangan Bajet 2022 hari ini sebagai inklusif dan tidak membelakangkan mana-mana sektor ketika negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.
Bajet 2022: Pengecualian sepenuhnya duti import, duti eksais, cukai jualan kenderaan elektrik
Kerajaan bercadang memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV).