KUALA LUMPUR: Pakar tenaga bersih mencadangkan kerajaan mengecualikan duti import ke atas panel solar dan penyongsang dalam Bajet 2023 berikutan pemasangan solar amat bergantung kepada kedua-duanya.
Ini akan menggalakkan penggunaan tenaga boleh baharu (RE) dan mendorong Malaysia ke arah mencapai matlamat sifar bersih menjelang 2050, kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Kumpulan Plus Xnergy Ko Chuan Zhen.
Beliau berkata import barangan bercukai tertakluk kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada kadar 10 peratus dan ini dipindahkan kepada pengguna, yang akhirnya menyumbang kepada kos pendahuluan.
"Di bawah pentadbiran Joe Biden, Amerika Syarikat telah mengecualikan cukai ke atas import panel solar dari Kemboja, Thailand, Vietnam dan Malaysia sehingga dua tahun," katanya kepada Bernama.
Penggantungan selama dua tahun ini bertujuan memastikan akses kepada bekalan sumber yang mencukupi untuk memenuhi permintaan kepada penjanaan tenaga.
Beliau berkata pengecualian cukai jualan AS dijangka memberi potensi kepada penggiat solar AS alasan untuk mengguna pakai komponen bagi memacu pertumbuhan.
"Malaysia juga boleh mencontohi ini untuk terus memacu industri RE," katanya.
Solarvest Holdings Bhd juga mahu kerajaan memperkenalkan subsidi kewangan untuk menggalakkan penggunaan sistem storan tenaga bateri (BESS).
Ini boleh dalam bentuk SST, duti import dan eksais atau insentif cukai seperti Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA) dan Pengecualian Cukai Pendapatan Hijau (GITE), menurut syarikat penyelesaian tenaga solar itu.
GITA ialah elaun ke atas perbelanjaan modal untuk tujuan aktiviti hijau yang layak.
Elaun ini boleh diimbangi dengan 70 peratus daripada pendapatan berkanun pada tahun taksiran dengan elaun yang tidak digunakan dibawa ke hadapan sehingga ia diserap sepenuhnya.
GITE adalah pengecualian cukai sebanyak 70 peratus untuk penyedia perkhidmatan hijau bagi perkhidmatan yang layak.
Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Eksekutif Kumpulan Solarvest Davis Chong Chun Shiong berkata ini akan membolehkan pengeluar tenaga mengguna pakai BESS untuk mengatasi isu semasa.
Beliau berkata insentif cukai seperti GITA dan GITE juga perlu diberikan kepada pemaju hartanah untuk menyepadukan panel fotovoltaik solar (PV) dalam projek perumahan.
"Penglibatan pemaju hartanah akan memacu penggunaan solar dalam skala yang luas dalam sektor kediaman," katanya.
Dalam nada yang sama, Ko mahu kerajaan melanjutkan GITA dan GITE selepas tahun 2023 untuk membolehkan perniagaan menikmati pusingan kedua elaun cukai untuk pemasangan fasa kedua.
"Perniagaan yang merancang untuk memasang sistem fotovoltaik solar selepas 2023 juga akan mendapat manfaat. Kami juga ingin mendapatkan peningkatan dalam had GITE daripada 30 megawatt (MW) kepada 80MW bagi setiap syarikat dan menambah bilangan syarikat yang diberikan GITE," katanya.
Skim pemeteran tenaga bersih (NEM) 3.0 Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) telah menyaksikan kadar pengambilan daripada segmen perniagaan dan kediaman seperti pemilik rumah dan Plus Xnergy mahu insentif dikekalkan.
Beliau berkata kadar eksport Net Offset Virtual Aggregation (NOVA) NEM bagi bangunan komersial dan perindustrian tidak begitu menarik jika dibandingkan dengan nisbah 1:1 yang ditawarkan NEM Gomen dan NEM Rakyat.
"Langkah yang baik untuk memperuntukkan nisbah 1:1 atau lebih untuk menggalakkan penggunaan solar dalam kalangan pengeluar.
"Setakat ini, sebahagian besar kuota mereka telah diambil, memberi petunjuk bahawa wujud minat daripada segmen perniagaan dan kediaman. Kami berminat untuk membantu kedua-dua segmen menikmati penjimatan tenaga dan rebat menarik daripada skim ini," kata Ko.
Buat masa ini, di bawah setiap perjanjian pembelian kuasa (PPA), sekiranya pelabur mempunyai beberapa syarikat, hanya satu syarikat akan diberikan GITE berdasarkan syarat tertentu.
Solarvest dan Plus Xnergy turut mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan insentif untuk memacu pasaran PV solar kediaman.
Chong berkata walaupun usaha terbaik untuk melaksanakan program pembiayaan 'bayaran pendahuluan sifar' untuk pemasang fotovoltaik solar, kos keseluruhan mungkin masih menjadi penghalang kepada banyak pihak.
"Kami mencadangkan pelepasan cukai pendapatan peribadi untuk pemasangan sistem fotovoltaik solar sehingga RM50,000 daripada jumlah perbelanjaan, dibahagikan kepada RM10,000 setiap tahun dalam tempoh maksimum lima tahun, pinjaman tanpa faedah kepada kumpulan B40 dan pinjaman subsidi faedah untuk kumpulan M40.
"Ini untuk menggalakkan kadar penyertaan lebih tinggi dalam Program Rakyat MEB dan insentif cukai seperti GITA/GITE atau seumpamanya bagi pemaju hartanah yang membina pembangunan dilengkapi solar," katanya.
Ko berkata syarikat meningkatkan penggunaan solar kediaman dengan skim solar sewa untuk dimiliki yang pertama di Malaysia dengan kadar bayaran balik bulanan bermula daripada RM398 bersama dengan pelan pembayaran balik lima tahun.
"Skim ini mengurangkan bil elektrik bulanan isi rumah sehingga 90 peratus. Pelepasan cukai atau rebat akan membantu meningkatkan kadar penggunaan solar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 24 2022

Pakar tenaga bersih mencadangkan kerajaan mengecualikan duti import ke atas panel solar dan penyongsang dalam Bajet 2023 berikutan pemasangan solar amat bergantung kepada kedua-duanya. -Foto www.plusxnergy.com

Cadangan mansuh benarkan ahli baharu PKR bertanding akan dibincang - Anwar
Cadangan supaya kuasa Presiden PKR untuk membenarkan ahli baharu bertanding dalam pilihan raya dan pemilihan parti dimansuhkan akan dibincangkan lebih lanjut dalam mesyuarat parti.

Kehadiran PM China ke Sidang Kemuncak ASEAN-GCC perkukuh kerjasama serantau
Kehadiran Perdana Menteri China Li Qiang pada Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China sulung di Kuala Lumpur minggu depan mencerminkan komitmen tinggi republik itu terhadap kerjasama

'Tak pernah draf surat letak jawatan, tak mahu bertanding hanya tohmahan' - Rafizi jawab Nurul Izzah
Rafizi berkata, dakwaan pihak tertentu bahawa beliau tidak mahu mempertahankan jawatan nombor dua parti itu sebagai tohmahan semata-mata.

NVIDIA, OpenAI jalin kerjasama dengan UAE untuk projek pusat data AI 'Stargate'
Inisiatif itu dianggap sebagai langkah penting dalam usaha kerjasama antarabangsa ke arah sistem AI generasi akan datang.

Kerajaan MADANI tidak terlibat inisiatif AI Skyvast - Teo
Teo berkata, kehadirannya pada majlis itu Isnin lepas hanya untuk menyokong usaha pembangunan teknologi dan inovasi tempatan.

Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia perlu terajui perdagangan Intra-ASEAN
Peningkatan perdagangan antara negara anggota ASEAN mampu menjamin kestabilan bekalan dan rantaian ekonomi serantau dalam menghadapi ketidaktentuan global yang meningkat.

Permohonan komital terhadap Ahmad Terrirudin pramatang, rayuan Najib masih berjalan - AGC
AGC memaklumkan dakwaan bahawa Ahmad Terrirudin telah mengelirukan Mahkamah Tinggi di sini adalah tidak berasas sama sekali.
AWANI Ringkas: TVET terus dapat sambutan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sesi Pemukiman KEB jadi acara tahunan - Ahmad Zahid
Sesi Pemukiman Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) akan dijadikan acara tahunan bagi melonjak semula agenda pembangunan bumiputera secara kolektif, kata Ahmad Zahid.
Gaji cukup makan: Ketidakpadanan pekerjaan siswazah melebar
Laporan baharu bertajuk The ‘Gaji Cukup Makan’ Economy: When Higher Education Becomes an Economic Risk yang dibangunkan oleh Pusat Kajian Masa Depan Pasaran Buruh (EU-ERA) di bawah Future Studies Berhad (THE FUTURE) mendedahkan majoriti graduan Malaysia berpendapatan bawah RM3,000 meskipun berkelulusan tinggi. Bagaimana untuk memastikan setiap pelaburan pendidikan dapat menjamin masa depan secara mampan?
Kupasan lanjut bersama THE FUTURE.
Kupasan lanjut bersama THE FUTURE.

RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.

MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).

Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.

Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.

Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.

Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.

BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.

Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.

2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.

Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.