JAKARTA: RHB Research meramalkan Bank Indonesia akan meningkatkan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 4.25 peratus pada separuh kedua tahun ini, naik lebih banyak berbanding unjuran awal 4.0 peratus berikutan jangkaan inflasi yang lebih tinggi.

Dalam nota strategi ekonomi dan pasaran globalnya semalam, firma penyelidikan itu berkata inflasi teras pada Ogos telah melepasi 3.0 peratus, kadar terpantas dalam tempoh tiga tahun.

Penggubal undang-undang telah menyebut bahawa harga bahan api bersubsidi mungkin bertambah antara 30 dan 40 peratus daripada harga Pertalite semasa sebanyak 7,650 rupiah seliter.

Oleh itu, inflasi utama boleh melepasi 7.0 peratus daripada unjuran semasa 5.0 peratus, sekiranya harga bahan api meningkat dalam jajaran itu.

"Ini seterusnya mencerminkan bahawa kenaikan kadar selanjutnya kepada 4.25 peratus mungkin diperlukan bagi mengekang harga pengguna menjadi lebih tinggi," kata ahli ekonomi kanan RHB Bank, Barnabas Gan.

-- BERNAMA