awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan

Bernama
Bernama
26/11/2024
08:10 MYT
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Gunung Dukono di Maluku Utara, Indonesia, meletus pada Selasa, memuntahkan awan abu setinggi 4,600 meter ke udara. -Foto X @RenderNature
JAKARTA: Gunung Dukono, yang terletak di wilayah Maluku Utara, timur Indonesia meletus pada Selasa, sekali gus mencetuskan amaran penerbangan, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi negara itu, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Gunung Dukono di Maluku Utara, Indonesia, meletus pada Selasa, memuntahkan awan abu setinggi 4,600 meter ke udara.
  • Amaran penerbangan dikeluarkan, melarang pesawat terbang di bawah lima kilometer di sekitar gunung berapi tersebut.
  • Pendaki dan penduduk dilarang melakukan aktiviti dalam radius tiga kilometer dari kawah, dan penduduk dinasihatkan memakai pelitup muka.

Letusan itu berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
Awan itu dikesan bergerak ke arah barat laut gunung berkenaan.
Pesawat dilarang terbang pada ketinggian di bawah lima kilometer di sekitar kawasan gunung berapi yang terletak di Pulau Halmahera. Notis Balai Cerap Gunung Berapi berwarna oren untuk status penerbangan telah dikeluarkan.
Pendaki dan penduduk dilarang sama sekali melakukan aktiviti dalam radius tiga kilometer dari kawah manakala penduduk dinasihatkan sentiasa memakai pelitup muka.
Gunung Dukono setinggi 1,087 meter dari paras laut, merupakan satu daripada 127 gunung berapi aktif di Indonesia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gunung berapi
#Indonesia
#Gunung Dukono
#Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan