KUALA LUMPUR: Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC), bank-bank dan institusi kewangan digesa mengenal pasti kaedah untuk memperkukuh kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), terutamanya dalam melaksanakan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
Ketika membuat gesaan itu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata aset-aset ESG juga dijangkakan mencecah AS$53 trilion (AS$1=RM4.44) menjelang 2025, satu pertiga daripada aset global di bawah pengurusan manakala dana ESG pula mewakili kira-kira 10 peratus daripada aset dana di serata dunia.
"Sehubungan itu, amat penting untuk memastikan bahawa PMKS ini tidak tersisih daripada pasaran atau tidak mendapat pembiayaan masa depan hanya kerana tidak mematuhi prinsip-prinsip ESG dalam operasi mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Institusi Kewangan/Pembangunan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) CGC ke-27 di sini hari ini, yang turut dihadiri oleh Pengerusi CGC Datuk Mohammed Hussein dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak.
Menurut Tengku Zafrul, sektor PMKS yang kukuh juga akan memaparkan ekonomi yang mantap serta berdaya tahan.
Justeru, beliau berkata usaha secara bersepadu perlu dilaksanakan bagi menambah baik aspek pengetahuan, keupayaan digital serta menjalin kerjasama dengan komuniti inovator, syarikat multinasional dan akademia untuk membantu PMKS membuat tawaran yang lebih baik.
Beliau juga menekankan kepentingan bagi pihak bank dan institusi kewangan memainkan peranan aktif untuk memudahkan lagi peralihan PMKS kepada amalan rendah karbon serta berciri mampan.
"Sasaran sifar karbon anda mungkin agresif dan ini hanya menekankan lagi kepentingan untuk anda memberi bimbingan serta membantu PMKS mencapai sasaran ESG," katanya.
Tengku Zafrul berkata, syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan juga telah menerima prinsip kemampanan yang amat penting untuk turut diamalkan oleh PMKS.
Malah, katanya, Bajet 2023 akan turut mengutamakan inisiatif bagi menjadikan PMKS lebih kompetitif dan berdaya tahan serta lain-lain usaha serupa bagi membangunkan semula keupayaan PMKS dalam memacu daya saing masing-masing.
PMKS menyumbang sebanyak 37.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia selain menggaji sebanyak 47.8 peratus daripada tenaga kerja pada 2021.
"Sejajar dengan sumbangan penting PMKS ke atas ekonomi dan peluang pekerjaan negara ini, adalah jelas bahawa sektor inilah yang perlu kita galakkan secara aktif," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 29 2022
Menurut Tengku Zafrul, sektor PMKS yang kukuh juga akan memaparkan ekonomi yang mantap serta berdaya tahan. - Gambar fail/BERNAMA
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.
Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.
Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.
Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.
Tiga cedera ringan, polis bantuan tertembak lantai bank
Tiga cedera ringan apabila seorang polis bantuan lelaki dipercayai terlepas tembakan ketika berurusan di sebuah bank di Pekan Jasin, di sini, pada Selasa.
Pertumbuhan pinjaman bank diunjur lebih perlahan jika KDNK lebih lemah daripada jangkaan - Maybank IB
Pertumbuhan pinjaman terus menjadi menyederhana pada Julai 2023 kepada 4.2% dari tahun ke tahun.
6 bank Itali jadi mangsa serangan siber
Enam bank utama Itali mendakwa menjadi mangsa serangan siber kumpulan penggodam pro-Rusia dikenali NoName057(16), lapor Sputnik memetik media Itali pada Selasa.
Bank tingkatkan ciri-ciri keselamatan bagi perangi penipuan, scam
Institusi perbankan di Malaysia akan terus menyesuaikan dan menambah baik ciri-ciri keselamatan mereka, selaras dengan lima langkah utama Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memerangi penipuan kewangan.
Peminjam perlu hubungi bank bincang pilihan bayaran balik kewangan
ABM sedia bantu peminjam perniagaan kecil yang hadapi kesukaran membayar balik hutang disebabkan peningkatan kos pinjaman berikutan kenaikan OPR.