KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd dan Halal Development Corporation Bhd (HDC) hari ini melancarkan Program Pembiayaan PKS GO Halal dengan permulaan saiz portfolio berjumlah RM100 juta bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam pembangunan ekosistem dan perkembangan industri halal negara.
Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kemudahan yang juga dikenali sebagai Dana GO Halal ini akan membantu PKS dalam format lebih teratur dan berstruktur dengan menumpukan kepada peningkatan kapasiti.
"Melalui pengenalan dana ini, kira-kira 300 PKS tempatan akan mendapat manfaat, dengan tumpuan khusus untuk mendorong lebih banyak penyertaan PKS yang dimiliki Bumiputera dalam industri halal," katanya dalam ucaptama sempena majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Bank Islam dan HDC yang diadakan secara maya hari ini.
Mohamed Azmin juga berkata program dana ini tepat pada masanya bagi membantu PKS mengukuhkan perniagaan mereka walaupun menghadapi kesukaran berikutan pandemik COVID-19.
Beliau turut menggesa institusi kewangan Islam yang lain supaya bekerjasama dengan HDC dalam menawarkan program seumpama ini.
Sehingga Disember 2020, sebanyak 6,727 syarikat PKS daripada 200,000 syarikat yang terlibat secara langsung dengan industri halal telah mempunyai sijil halal.
"Daripada jumlah itu, hanya 1,507 syarikat PKS terlibat dalam aktiviti eksport. Ini menunjukkan potensi pertumbuhan untuk industri halal negara kita masih amat luas," katanya.
Pada 2020, katanya, jumlah eksport halal negara mencecah RM31 bilion melangkaui sasaran RM19 bilion yang telah ditetapkan dalam Pelan Induk Industri Halal yang pertama.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Islam Mohd Muazzam Mohammed berkata dana ini juga bertujuan untuk menyediakan program latihan dan khidmat nasihat halal anjuran HDC selain bantuan kewangan.
Katanya dana ini turut membiayai proses pensijilan halal, kos sumbangan Takaful dan memenuhi keperluan modal kerja serta perbelanjaan modal perniagaan.
Ia menyediakan jumlah pembiayaan bernilai RM100,000 sehingga RM1 juta bagi perniagaan pemilik persendirian dan perkongsian manakala RM100,000 sehingga RM3 juta bagi perniagaan Sdn Bhd dengan tempoh pembayaran semula selama tujuh tahun.
"Penambahbaikan akan dibuat secara berperingkat dari semasa ke semasa bagi mengukuhkan lagi penawaran di bawah program ini. Insya-Allah," katanya.
Mohd Muazzam juga berkata menerusi program pembiayaan ini, tiada cagaran yang diperlukan untuk memohon, namun, usahawan yang berminat mestilah merupakan ahli HDC dengan perniagaan aktif dalam tempoh minimum dua tahun serta mencatatkan keuntungan sekurang-kurangnya setahun dari dua tahun terakhir.
Sementara itu, CEO HDC Hairol Ariffin Sahari berkata kerjasama dengan Bank Islam juga adalah melalui platform digital, iaitu integrasi antara Halal Integrated Platform (HIP) HDC dan platform SMEXpert Bank Islam.
"Antara kriteria utama untuk mendapatkan Dana GO Halal, PKS hendaklah terlebih dahulu mendaftar sebagai ahli kepada HIP dan memberi komitmen untuk melengkapkan modul-modul program yang direncanakan oleh HDC.
"Setakat ini, terdapat hampir 2,200 syarikat yang telah mendaftar dalam platform HIP ini. Mereka sudah boleh dipertimbangkan untuk memohon dana ini," kata Hairol Ariffin.
Ahli-ahli HIP boleh memohon Dana GO Halal mulai 1 Julai 2021 dengan mendaftar di HIP Microsite di https://hip.hdcglobal.com.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 29 2021
Mohamed Azmin menyampaikan ucaptama sempena majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman antara Bank Islam dan HDC yang diadakan secara maya hari ini. - Facebook Bank Islam
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Bank Islam berjaya kurangkan impak OPR pada 2023
Bank Islam Malaysia Bhd berjaya mengurangkan impak OPR yang tidak berubah seterusnya membawa kepada NIM yang bertambah baik pada tahun lepas.
Bank Rakyat catat keuntungan RM1.76 bilion bagi tahun kewangan 2023
Kumpulan Bank Rakyat mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat (PBTZ) lebih tinggi sebanyak RM1.76 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023.
Bank Islam menjangkakan KDNK Malaysia bagi S3 berkembang 3.2 peratus
Bank Islam menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 3.2 peratus pada suku ketiga 2023 (S3 TK2023).
Bank Islam lancar Kad Debit-i Visa Be U
Kad Debit-i Visa Be U menyediakan transaksi yang cepat, selamat dan tanpa sentuhan di mana-mana pedagang Visa di seluruh dunia.
Bank Islam umum pelantikan baharu Lembaga Pengarah dan Pengerusi Majlis Pengawasan Syariah
Pelantikan baharu akan mengukuhkan lagi Komposisi Lembaga Pengarah Kumpulan menjelang ulang tahun Bank Islam ke-40 tahun ini.
Bank Islam tawar moratorium hingga enam bulan kepada mangsa banjir
Bagaimanapun, permohonan penangguhan bayaran ansuran bulanan itu tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan.
Keuntungan bersih Bank Islam diseret oleh perbelanjaan cukai yang tinggi
Keuntungan sebelum zakat dan cukai meningkat 6.1 peratus kepada RM746.87 juta, disumbangkan oleh pendapatan bersih yang lebih tinggi.
KDNK Malaysia dijangka catat pertumbuhan tertinggi di ASEAN - Firma penyelidikan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan mencecah 8.4 peratus bagi tahun kewangan 2022 berbanding 3.1 peratus pada 2021.
OPR dijangka naik 25 mata asas esok, 25 mata pada Mac - Bank Islam
Ia menjadikan kadar terminal baharu adalah pada 3.25 peratus.
Bank Islam catat untung bersih suku ketiga lebih tinggi kepada RM142.86 juta
Pendapatan bersih kumpulan BIMB turut meningkat sebanyak RM111.2 juta atau 22.2 peratus.