Bank Islam Malaysia Bhd menyasar untuk mengeluarkan 50,000 Kad Debit-i baharu, menjelang akhir 2018 melalui usaha terkini penjenamaan bersama dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Khairul Kamarudin berkata bank kini mempunyai 3.2 juta pemegang kad debit jenama bersama di seluruh negara.
Kerjasama dengan BAM itu merupakan penjenamaan bersama ke-16 oleh bank yang sebelum ini bekerjasama dengan persatuan bola sepak kebangsaan dan negeri, pasukan hoki, universiti dan syarikat telekomunikasi.
"Pengenalan kad BAM ini merupakan sebahagian daripada strategi Bank lslam dalam memperluaskan penyertaannya mencapai peminat sukan di seluruh negara. Sebagai perantara kewangan, misi kami adalah untuk membantu Bank Negara Malaysia merealisasikan aspirasi mewujudkan masyarakat tanpa tunai.
"Kami akan terus memperluaskan inisiatif bersama penjenamaan dan bekerjasama dengan pelanggan untuk menawarkan nilai yang berbeza kepada pelanggan kerana kami ingin mencapai segmen komuniti yang lebih muda," katanya pada pelancaran kad itu di sini hari ini.
Beliau berkata sebahagian hasil yuran tahunan kad akan diberikan kepada BAM sebagai sebahagian daripada sumbangan bank dan pemegang kad kepada pembangunan pasukan badminton nasional.
"Bagi setiap kad yang dikeluarkan dan diperbaharui, RM2.00 akan disalurkan kepada BAM untuk tujuan tersebut," katanya.
Bersempena dengan pelancaran itu, Bank lslam juga menyediakan penajaan sebanyak RM300,000 kepada BAM untuk membantu persatuan memajukan sukan untuk mencari pemain berpotensi untuk negara.
Turut hadir pada acara itu ialah Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.
Kad baharu itu akan dikeluarkan di 147 cawangan Bank Islam di seluruh negara mulai minggu ketiga bulan depan.
Maklumat lanjut boleh didapati dengan mengunjungi cawangan terdekat Bank lslam, menghubungi 03-26900900 atau melayari www.bankislam.com my.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 29 2018
Khairul (tiga, kiri) dan Mohamad Norza (kanan) pada majlis pelancaran Kad Debit-i Bank Islam Visa bagi BAM hari ini. --fotoBERNAMA
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
An Se-young dinobatkan pemain badminton wanita terbaik dunia 2024
Bintang sensasi Korea Selatan, An Se-young terus mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemain badminton wanita terbaik dunia.
Badminton: Tat Meng sah tinggalkan 'team' Lee Zii Jia
Pasukan Lee Zii Jia mengesahkan Pengarah Kejurulatihannya Wong Tat Meng akan meninggalkan pasukan berkenaan.
BAM ambil pendekatan berbeza untuk Sukan SEA 2025
Malaysia pada Sukan SEA di Kemboja sebelum ini menurunkan pemain muda bagi memberi peluang kepada mereka untuk menampilkan aksi cemerlang.
Final Jelajah Dunia BWF: Juara Olimpik Viktor Axelsen tarik diri
Juara Sukan Olimpik, Viktor Axelsen, sah menarik diri daripada Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China minggu depan.
Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.
Beregu lelaki bersiap sedia hadapi kalendar 2025 - Bin Shen
Penampilan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di Jelajah Dunia Akhir 2024 pada Disember jadi peluang terbaik mengenal pasti kelemahan secara terperinci.
Jonassen terima cabaran BAM untuk jelma pingat emas Olimpik pertama
Kenneth Jonassen bersedia menyahut cabaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menjelmakan pingat emas Olimpik pertama buat negara di Los Angeles 2028 (LA28).
Perlu masa lakukan analisis, bina hubungan untuk dapat persefahaman - Kenneth Jonassen
Jurulatih perseorangan baru negara, Kenneth Jonassen, akan mengetuai misi negara membutirkan pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Zii Jia layak ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2024
Lee Zii Jia, berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Hangzhou, China bulan depan.