awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JDT sambar khidmat bekas pemain sayap B-20 Brazil
Permit bazar Ramadan: PM gesa PBT henti guna orang tengah
9 maut, lebih 200 dirawat akibat air tercemar di India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bank Islam tambah portfolio perbankan PKS RM50 juta melalui program WinBiz

Astro Awani
Astro Awani
05/09/2019
04:56 MYT
Bank Islam tambah portfolio perbankan PKS RM50 juta melalui program WinBiz
Menurut Mohd Muazzam, Bank Islam komited membantu PKS dengan menawarkan produk inovatif yang akan membolehkan perniagaan mereka mencapai tahap lebih tinggi.
Bank Islam Malaysia Bhd memperuntukkan sebanyak RM50 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana dalam tempoh 12 bulan melalui program baharu khusus untuk wanita, yang dikenali sebagai Women in Business (WinBiz).
Program WinBiz yang dilaksanakan bulan depan bermatlamat untuk meneroka segmen pasaran baharu yang mempunyai potensi pertumbuhan yang ketara serta meningkatkan akses kepada penyelesaian kewangan kepada segmen PKS yang lebih khusus, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Muazzam Mohamed.
"Selaras dengan visi kami untuk menjadi bank yang meningkatkan kemakmuran untuk semua, kami komited untuk membantu PKS dengan menawarkan produk inovatif yang akan membolehkan perniagaan mereka mencapai tahap yang lebih tinggi," katanya pada pelancaran produk itu oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Menurut Mohd Muazzam, pelanggan WinBiz dapat menikmati kemudahan kewangan seperti pembiayaan berjangka sehingga RM1 juta dengan tempoh pembayaran sehingga tujuh tahun.
Kemudahan pembiayaan ini dijamin 70 peratus oleh kerajaan melalui Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd.
Program ini menawarkan pelbagai kemudahan perbankan yang memenuhi keperluan modal kerja dan perbelanjaan modal bagi perniagaan sendirian berhad milik wanita.
Topic Berkaitan
#bank
#kemudahan kewangan
#Mohd Muazzam Mohamed
#pembiayaan
#perbankan
#perusahaan kecil dan sederhana
#PKS
#portfolio
#produk inovatif
#segmen pasaran baharu
#WinBiz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan