awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bank Pembangunan Sarawak, DBOS bakal ditubuhkan

Astro Awani
Astro Awani
04/04/2017
13:31 MYT
Bank Pembangunan Sarawak, DBOS bakal ditubuhkan
ABANG JOHARI: Bank tersebut bakal menyediakan dana bagi melaksana beberapa projek strategik negeri dalam usaha mengejar pelan transformasi sosio ekonomi Sarawak bagi tahun 2017-2030. - Gambar Astro AWANI
Kerajaan negeri Sarawak hari ini mengumumkan bahawa negeri berkenaan bakal memiliki sebuah bank yang dikenali sebagai Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) setelah dipersetujui dan diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dibawah Institusi Kewangan Pembangunan.
DBOS akan beroperasi sepenuhnya dibawah biayaan kerajaan negeri.
Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Bin Tun Abang Haji Openg berkata, bank tersebut bakal menyediakan dana bagi melaksana beberapa projek strategik negeri dalam usaha mengejar pelan transformasi sosio ekonomi Sarawak bagi tahun 2017-2030.
Menurutnya lagi objektif utama bank berkenaan adalah memberi fokus bagi perlaksanaan beberapa projek untuk 4 sektor utama dibawah projek strategik negeri iaitu sektor insfrastruktur ICT (ekonomi digital), sektor tenaga, sektor pengangkutan awam urban dan sektor servis.
“Dengan pendapatan yang konsisten, negeri ini akan dapat terus menyokong transformasi pembagunan ekonomi bagi kedua-dua negeri.
“Projek-projek strategik termasuk pembangunan sektor empat kunci…insfrastruktur ICT (ekonomi digital), sektor tenaga termasuk penajaan kuasa minyak dan gas, sektor perkhidmatan dan pengangkutan awam bandar,” kata Amar ketika menghadiri sidang media selepas majlis penutupan Persidangan Insfrastruktur CT Digital Ekonomi Antarabangsa Sarawak, di sini hari ini.
Topic Berkaitan
#bank
#DBOS
#Haji
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan