Bank koperasi Islam terbesar Malaysia, Bank Rakyat mengumumkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.11 bilion untuk tahun kewangan 2012.

Bank tersebut turut mengumumkan dividen 18 peratus kepada lebih 947,541 ahlinya dengan jumlah RM440 juta.

Selain itu dividen saham bonus RM55 juta juga diumumkan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Bank Rakyat mencatatkan keuntungan bersih RM1.74 bilion ringgit.

Laporan turut menyebut untung syarikat disokong oleh pertumbuhan pendapatan daripada pinjaman dan deposit serta kualiti aset yang kukuh.

Pendapatan bank berkenaan meningkat 13.2 peratus kepada RM6.23 bilion.