BUSINESS
Banyak kutip duit raya anak? Simpan SSPN solusi terbaik

Kempen Cabutan WOW! Gong Xi Raya adalah tanda penghargaan kepada masyarakat Malaysia kerana memilih Simpan SSPN sebagai pilihan utama untuk simpanan semasa musim perayaan.
TRADISI memberi 'duit raya' terus menjadi amalan masyarakat Malaysia tidak kira jenis perayaan yang diraikan.
Sempena bulan Syawal ini, sudah tentu anak-anak kecil paling gembira apabila menerima duit raya daripada ahli keluarga dan jiran-jiran.
Namun, tahukah anda bahawa, literasi kewangan terutama amalan menabung di Malaysia ketika ini masih lagi rendah, menurut dapatan kaji selidik daripada Jawatankuasa Kerja Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN).
Antara dapatan kajian tersebut menyatakan bahawa majoriti masyarakat Malaysia tiada tabungan kecemasan walau RM1,000, selain 69 peratus lebih suka berbelanja berbanding menyimpan yang menyebabkan mereka tiada simpanan untuk kegunaan jika berlaku kecemasan.Sebanyak 47 peratus pula mengakui mereka sukar menyediakan wang kecemasan RM1,000 dan hanya 20 peratus didapati mampu menampung perbelanjaan hidup sekurang-kurangnya tiga bulan atau lebih jika hilang pendapatan.
Justeru, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tampil dengan produk Skim Simpanan Pendidikan Tinggi Nasional (Simpan SSPN) seiring usaha menggalakkan amalan menabung dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Simpan SSPN merupakan satu-satunya produk simpanan yang menawarkan manfaat pelepasan taksiran cukai pendapatan individu ke atas simpanan bersih sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful percuma ke atas pendeposit, Geran Sepadan secara percuma sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak, dividen yang kompetitif, patuh syariah dan dijamin kerajaan.
Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Mastura Mohd Khalid berkata, menyedari kos untuk pendidikan akan meningkat saban tahun, ibu bapa perlu membuat simpanan bermula dari awal jika tidak dapat menampung sepenuhnya, sekurang-kurangnya dapat menampung sebahagian daripada kos berkenaan.
"Seiring dengan peredaran masa dan keperluan pada hari ini, PTPTN melihat kepentingan membuat simpanan perlu menjadi keutaman ibu bapa.
"Ini kerana, simpanan yang kita mulakan hari ini, bukan sahaja untuk dapat membiayai kos pendidikan anak-anak, tetapi ia lebih kepada persediaan buat mereka untuk menghadapi masa depan.
"Duit raya yang diterima sebaiknya disimpan untuk masa depan pendidikan mereka. Pilih kaedah simpanan yang sesuai dan boleh memberi pulangan balik yang memberi keuntungan kepada mereka.
"Sebagai contoh, menggunakan instrumen Simpan SSPN kerana terdapat banyak keistimewaan dan manfaat yang ditawarkan," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Malah, kata beliau hasrat PTPTN adalah untuk membantu masyarakat Malaysia agar tidak terbeban dengan hutang tetapi turut mengamalkan perancangan penabungan pendidikan dengan lebih awal, baik dan teratur demi masa depan pendidikan anak-anak.
Setiap kali musim perayaan, PTPTN katanya mengadakan kempen yang bersesuai pada musim perayaan tersebut kerana duit raya yang diterima seeloknya disimpan.
Justeru, tahun ini pihaknya tampil dengan kempen Cabutan WOW! Gong Xi Raya sebagai tanda penghargaan kepada masyarakat Malaysia kerana memilih Simpan SSPN sebagai pilihan utama untuk simpanan semasa musim perayaan.
Kempen ini sedang berlangsung sehingga 30 April 2025 dengan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM200,000 menanti 130 pemenang.
Cabutan Tahunan WOW! Simpan SSPN juga sedang berlangsung sehingga 31 Disember 2025 menawarkan hadiah lumayan lebih RM1.1 juta untuk dimenangi 290 pemenang.
Pembukaan akaun atau penambahan deposit Simpan SSPN boleh dibuat dengan lebih mudah, cepat dan selamat secara dalam talian melalui www.ptptn.gov.my atau melalui aplikasi myPTPTN.
Sehubungan itu, beliau berharap agar Simpan SSPN dimiliki oleh setiap isi rumah kerana ia bukan hanya simpanan semata-mata tetapi turut menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat yang baik dan menyeluruh khusus buat masyarakat Malaysia.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami