awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pencalonan Oscars 2026: Lima aktor bersaing bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik
Selepas menanti 24 jam, emas 100m T12 kekal milik Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayar dividen RM30 bil: Prestasi Petronas tidak terjejas - Tun M

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
14/11/2018
10:05 MYT
Bayar dividen RM30 bil: Prestasi Petronas tidak terjejas - Tun M
Dr Mahathir berkata, Petronas tidak akan memberikan wang sekiranya ia menjejaskan perniagaan mereka. - petronasgas.com
Prestasi syarikat petroleum negara, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak akan terjejas selepas membayar dividen khas RM30 bilion kepada kerajaan.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pembayaran dividen itu ditetapkan berdasarkan harga minyak mentah.
"Petronas tidak akan memberikan wang sekiranya ia menjejaskan perniagaan mereka. Mereka mampu untuk membayar RM30 bilion.
"Apalah sangat RM30 bilion kepada mereka. Mereka pernah memberi kerajaan RM80 bilion ketika harga minyak mencecah sehingga AS$120 setong.
"RM30 bilion disebabkan oleh nilai harga minyak kini sekitar AS$70 setong," katanya kepada media pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-33 di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan berhubung kegusaran badan penarafan Moody's berkenaan profil kewangan Petronas sekiranya kerajaan terus meminta syarikat itu membayar dividen yang tinggi walaupun harga minyak jatuh.
Badan penarafan itu menurunkan prospek Petronas daripada stabil kepada negatif.
Kenyataan itu dibuat pasca pengumuman kerajaan pada Belanjawan 2019 bahawa Petronas perlu membayar dividen khas berjumlah RM30 bilion untuk menampung bayaran semula pulangan cukai.
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2019
#Dividen Petronas
#harga minyak
#Mahathir Mohamad
#minyak mentah
#Petronas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan