Syarikat penerbangan baharu, Bayu Air mengakui belum mengemukakan permohonan permit penerbangan atau lesen operasi penerbangan kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Saifulrizal Raffien berkata pihaknya sedang menyediakan dokumen untuk permohonan permit perkhidmatan udara (ASP), dan akan menghantar permohonan itu kepada DCA dalam masa terdekat.
"Pra pelancaran dan sidang media pada 16 Februari lepas hanya untuk memberitahu kepada agensi pelancongan, Bayu Air ditubuhkan untuk memberi kemudahan kepada agensi pelancongan dari aspek perjalanan berkumpulan bagi pengerjaan Umrah dan pelancongan," katanya dalam kenyataan di sini, malam semalam.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah DCA Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman hari ini, bahawa DCA tidak menerima sebarang permohonan sama ada bagi permit mahupun lesen untuk beroperasi daripada Bayu Air, setakat ini.
Azharuddin dilaporkan berkata pihaknya kesal dengan tindakan Bayu Air kerana membuat pengumuman berhubung permulaan operasi penerbangan mereka Ogos ini, sebelum memohon dan mendapat kelulusan yang diperlukan daripada pihak berkuasa.
BACA: DCA tidak terima permohonan permit, lesen daripada Bayu Air
Mohd Saifulrizal menjelaskan syarikat penerbangan itu tidak berhasrat untuk membelakangkan peraturan dalam Akta Penerbangan Awam di bawah peraturan 10 dan 17.
"Pihak Bayu Air tidak pernah menyatakan kami sudahpun mempunyai permit atau lesen penerbangan walaupun perancangan untuk beropersi sepenuhnya pada Ogos 2016. Perancangan itu juga tertakluk kepada kecepatan kelulusan permit dan lesen penerbangan Bayu Air," katanya.
Beliau turut memohon maaf atas kekeliruan yang tidak disengajakan itu.
Bayu Air dimiliki syarikat bumiputera Bayu Mutiara Skyways Sdn Bhd, ditubuhkan pada 2014 yang berpusat di Cyberjaya dengan mempunyai sehingga 300 kakitangan.
Bernama
Sun Feb 21 2016
Mohd Saifulrizal menjelaskan syarikat penerbangan itu tidak berhasrat untuk membelakangkan peraturan dalam Akta Penerbangan Awam di bawah peraturan 10 dan 17. - Gambar fail
Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 di Pulau Pinang dijangka terima 200,000 pengunjung
Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 akan berlangsung di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang dari 13 hingga 22 Mei ini.
UPNM akan tawar latihan berkaitan bidang rel buat veteran, bakal pesara tentera
Veteran dan bakal pesara tentera akan berpeluang menyambung kerjaya dalam bidang rel melibatkan sektor komunikasi dan keselamatan.
Malaysia berupaya sertai pasaran koko global - Johari
Johari berkata Malaysia adalah di antara pemain koko utama dunia terutamanya di peringkat pertengahan dan hiliran.
Karnival TEKUN Madani sempena Pesta Kaamatan di Kuala Penyu
Pada karnival itu juga, KUSKOP akan melancarkan projek Tamu Desa bagi Sabah untuk tahun 2023.
Pendekatan berhemah, waspada perlu dalam kes babitkan wartawan Bloomberg - Johan Jaaffar
Tan Sri Johan Jaaffar menggesa pihak polis untuk mengambil pendekatan berhemah, penuh waspada dan penuh pemahaman dalam mengendalikan kes membabitkan seorang wartawan Bloomberg, Ram Anand.
Filipina, AS tembak 'tentera penceroboh' dalam latihan di Laut China Selatan
Tentera Amerika Syarikat dan Filipina melepaskan tembakan peluru berpandu dan artileri ke arah pasukan 'tentera penceroboh' dalam latihan perang di pantai utara Filipina pada Isnin.
Rakaman dashcam puting beliung di Nebraska
Visual yang anda saksikan tadi adalah rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) yang menunjukkan detik puting beliung di Nebraska pada 26 April lalu.
Rakaman itu menunjukkan puting beliung dahsyat itu memusnahkan bangunan di Lincoln di Nebraska.
Rakaman itu menunjukkan puting beliung dahsyat itu memusnahkan bangunan di Lincoln di Nebraska.
Kenakan sekatan, hanti eksport senjata ke Israel - OIC
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam 'pembunuhan beramai-ramai' di Gaza dan menggesa 57 negara anggotanya mengenakan sekatan ke atas Israel dalam resolusi yang diterima pakai pada penghujung sidang kemuncaknya di Gambia pada 5 Mei.
Qantas Airways sedia bayar penalti 100 juta dolar Australia
Qantas Airways berkata pada Isnin bersetuju untuk membayar penalti sebanyak A$100 juta dolar Australia untuk menyelesaikan tuntutan mahkamah susulan kes menjual tiket yang telah dibatalkan.
Putin angkat sumpah untuk penggal kelima pada selasa
Majlis itu yang dijadualkan berlangsung di Kremlin, menandakan permulaan penggal selama enam tahun untuk pentadbiran Putin yang memenangi 87 peratus undi semasa Pilihan Raya Presiden yang berlangsung pada Mac.
Bayu Air akui belum kemuka permohonan permit penerbangan
Bayu Air sedang menyediakan dokumen untuk permohonan permit perkhidmatan udara (ASP), dan akan menghantar permohonan itu kepada DCA dalam masa terdekat.
DCA tidak terima permohonan permit, lesen daripada Bayu Air
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak menerima sebarang permohonan sama ada bagi permit mahupun lesen untuk beroperasi daripada syarikat penerbangan Bayu Air setakat ini.
Bayu Air buka ruang pekerjaan kepada bekas pekerja syarikat penerbangan
Operasi Syarikat Bayu Mutiara Skyways Sdn Bhd (Bayu Air) bakal membuka ruang pekerjaan kepada bekas pekerja syarikat penerbangan yang kehilangan punca selepas isu ekonomi semasa.