awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BCorp lantik Muhammad Lukman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Capital

Bernama
Bernama
23/03/2022
15:02 MYT
BCorp lantik Muhammad Lukman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Capital
Anak syarikat milik penuh Berjaya Corp Bhd (BCorp), Berjaya Capital Bhd, melantik Muhammad Lukman Musa @ Hussain sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya berkuat kuasa 16 Mac, 2022.
KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Berjaya Corp Bhd (BCorp), Berjaya Capital Bhd, melantik Muhammad Lukman Musa @ Hussain sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya berkuat kuasa 16 Mac, 2022.
Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata Muhammad Lukman memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam kepimpinan korporat, pelaburan, asurans, pengurusan risiko dan penasihat perakaunan teknikal di Malaysia dan juga antarabangsa.
"Di bawah kepimpinannya yang cekap, kami berharap Berjaya Capital akan mencapai kejayaan yang lebih besar lagi," kata Pengerusi BCorp Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun.
Muhammad Lukman berkata Berjaya Capital boleh melangkah lebih jauh lagi memandangkan iklim ekonomi semasa yang menjangkakan peranannya lebih penting dan mencabar.
Beliau bukanlah orang baharu dalam kumpulan tersebut kerana pernah berkhidmat sebagai pengarah bebas bukan eksekutif 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd, sebuah syarikat yang bergabung dengan pengerusi BCorp, sejak 2013.
Sebelum menyertai Berjaya Capital, Muhammad Lukman merupakan penasihat kepada ECS Solutions Sdn Bhd, sebuah pengurusan butik dan firma penasihat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Berjaya Corp
#BCorp
#Berjaya Capital
#Ketua Pegawai Eksekutif
#Muhammad Lukman Musa
#Vincent Tan Chee Yioun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan