awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2023: ACCCIM gesa kerajaan kurangkan kos laksana perniagaan

Bernama
Bernama
24/02/2023
03:57 MYT
Belanjawan 2023: ACCCIM gesa kerajaan kurangkan kos laksana perniagaan
ACCCIM menunggu bajet yang bertanggungjawab dan menyokong perniagaan serta mengurangkan kos menjalankan perniagaan terutamanya untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS). - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) menggesa kerajaan untuk memberikan perhatian khusus bagi menangani kekangan berkaitan kos dalam persekitaran kawal selia perniagaan menerusi Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini.
Dalam kenyataan hari ini, katanya ia menunggu bajet yang bertanggungjawab dan menyokong perniagaan serta mengurangkan kos menjalankan perniagaan terutamanya untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
"ACCCIM berharap kadar cukai pendapatan yang lebih rendah kepada 15 peratus dan ambang keutamaan lebih tinggi (RM1 juta) untuk membantu PKS mengurangkan kos menjalankan perniagaan mereka berikutan ia akan membantu PKS menjadi lebih berdaya saing dan berpeluang untuk melabur semula daripada penjimatan cukai," katanya.
Persatuan itu turut berharap supaya ambang perbelanjaan modal adalah lebih tinggi untuk menggalakkan automasi dalam semua sektor ekonomi.
"Tingkatkan dan seragamkan perbelanjaan yang layak untuk Elaun Modal Dipercepatkan (ACA) bagi kedua-dua Kategori 1 (industri intensif buruh tinggi) dan industri Kategori 2 kepada RM10 juta daripada RM4 juta dan RM2 juta," katanya.
Selain itu, ACCCIM meminta kerajaan untuk menyemak semula surcaj elektrik sebanyak 20 sen/kWj untuk tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2023 melibatkan pengguna voltan sederhana (MV) dan voltan tinggi (HV) yang telah memberi kesan kepada PKS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2023
#ACCCIM
#Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia
#kos perniagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan