awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2024: Afdlin Shauki harap infrastruktur industri seni ditambah baik

Sinar Harian
Sinar Harian
13/10/2023
03:55 MYT
Belanjawan 2024: Afdlin Shauki harap infrastruktur industri seni ditambah baik
Afdlin berharap kerajaan dapat memberi tumpuan kepada infrastruktur bagi industri seni menjelang pembentangan Belanjawan 2024 pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
PENGARAH dan penerbit, Datuk Afdlin Shauki Aksan berharap kerajaan dapat memberi tumpuan kepada infrastruktur bagi industri seni menjelang pembentangan Belanjawan 2024 pada Jumaat.
Jelas Afdlin, sebelum ini pihak kerajaan telah membantu menerusi pemberian Dana Kandungan Digital (DKD) dan Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI).
Bagaimanapun dakwanya banyak ketirisan dilaporkan berlaku.
“Pada pandangan saya, apa yang lebih baik adalah pembinaan infrastruktur, contohnya pembinaan set bagi penggambaran macam di Korea ada set kapal terbang. Kalau produksi tempatan nak buat penggambaran lebih mudah.
“Bukan itu sahaja, produksi luar negara juga boleh lakukan penggambaran di situ,” ujarnya.
Afdlin berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem arahannya, Harimau Malaya: The Untold Journey di Petaling Jaya baru-baru ini.
Ditebak mengenai kewujudan Pinewood sebelum ini yang tidak mendapat sambutan, Afdlin yang juga Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, lokasi itu kini sudah tidak lagi wujud.
“Sewa Pinewood sebelum ini agak mahal. Mungkin boleh bina fasiliti yang sesuai dengan kadar orang tempatan.
“Pembinaan infrastruktur ini akan membuatkan nilai produksi filem tempatan nampak lebih gah,” jelasnya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2024
#Afdlin Shauki
#industri seni
#penerbitan filem
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan