awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?
Malaysia dan India iktiraf kemajuan besar dicapai Petronas, Gentari perkasa tenaga hijau
Cadangan isu rumah Ibadat harus melalui saluran tepat tanpa ganggu ketenteraman awam - Polis KL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2024: Kerajaan sedia RM28 juta bangunkan platform MYStartup - Anwar

Bernama
Bernama
13/10/2023
10:50 MYT
Belanjawan 2024: Kerajaan sedia RM28 juta bangunkan platform MYStartup - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah ini selaras dengan keputusan Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Industri Ke-4 Negara.
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM28 juta bagi membangunkan platform MYStartup sebagai tetingkap tunggal yang menghimpunkan syarikat pemula niaga di samping mempermudahkan aktiviti perniagaan sepanjang kitaran hayat syarikat tersebut.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah ini selaras dengan keputusan Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Industri Ke-4 Negara.
"Inisiatif ini akan mengoptimumkan dana sebanyak RM200 juta di bawah pelbagai agensi pembiayaan dan modal teroka di bawah satu platform," katanya dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam usaha mengantarabangsakan syarikat pemula tempatan serta meningkatkan daya saing untuk menembusi pasaran serantau, beliau berkata Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Kerajaan (GLIC) telah menyediakan dana sehingga RM1.5 bilion.
Dana ini katanya untuk menggalakkan syarikat pemula niaga termasuk usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bumiputera menceburi bidang pertumbuhan tinggi bernilai tinggi (HGHV) seperti ekonomi digital, teknologi angkasa serta elektronik dan elektrikal.
-- BERNAMA
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2024
#Anwar Ibrahim
#MYStartup
#syarikat pemula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan