awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2024: Selepas falsafah Cina, PM Anwar ungkap falsafah bahasa Tamil pula

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
13/10/2023
11:08 MYT
Belanjawan 2024: Selepas falsafah Cina, PM Anwar ungkap falsafah bahasa Tamil pula
Petikan kata-kata falsafah Cina dan India oleh Perdana Menteri itu secara tidak langsung menggambarkan kepelbagaian kaum di Malaysia. -
KUALA LUMPUR: Tidak cukup dengan memetik falsafah Cina, Perdana Menteri turut memetik teks klasik Tamil, Thirukkural, ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Ungkapan itu berkaitan menggunakan kekayaan dengan cara berfaedah.
“Iyatralum Eettalum Kaatthalum Kaattha Vaguthalum Vallathu Arasu.
“Orang, yang berkebolehan untuk memajukan (kekayaan daripada pelbagai sumber pendapatan), menghimpunkan (kekayaan daripada pendapatan itu di suatu pusat), melindungi (kekayaan yang terhimpun itu), dan menguruskan perbelanjaan kekayaan yang terlindung itu (dengan cara-cara yang berfaedah), ialah Raja,” katanya.
Petikan kata-kata falsafah Cina dan India itu secara tidak langsung menggambarkan kepelbagaian kaum di Malaysia.
Menyambung pembentangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasil negara yang bertambah daripada penstrukturan semula ekonomi dan fiskal akan dimanfaatkan sebaiknya untuk mengangkat darjat hidup rakyat ke tahap lebih bermakna.
“Penekanan diberikan kepada penyaluran terus bantuan tunai kepada rakyat susah di samping menyediakan pendidikan, kesihatan dan infrastruktur asas untuk semua,” ujarnya.
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2024
#Anwar Ibrahim
#falsafah Cina
#India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan