awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2024: Perkataan daripada falsafah Cina curi tumpuan ketika pembentangan

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
13/10/2023
09:03 MYT
Belanjawan 2024: Perkataan daripada falsafah Cina curi tumpuan ketika pembentangan
Anwar menyebut empat perkataan, merujuk kepada empat perkara asasi sebagai tonggak kekuatan Kerajaan Perpaduan. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Penggunaan perkataan daripada falsafah Cina oleh Perdana Menteri antara perkara yang mencuri tumpuan dalam pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Malah, penggunaan empat perkataan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu turut mendapat tepukan daripada beberapa Ahli Parlimen.
Anwar menyebut empat perkataan, merujuk kepada empat perkara asasi sebagai tonggak kekuatan Kerajaan Perpaduan.
“Filasuf Cina Mengzi telah merumuskan empat perkara asasi sebagai tonggak kekuatan (iaitu) ren, yi, zhi dan li, maknanya menekankan aspek insaniah (ren), ihsan (yi), hikmah (zhi) dan adat (li).
“Inilah yang dikatakan kekuatan dalaman yang ditekankan awal tadi.
"Reformasi demi menamatkan penderitaan rakyat, membasmi amalan rasuah yang sistemik, mengurangkan kerenah birokrasi bagi menyegerakan projek rakyat serta membangun tatanan politik yang stabil,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 bertemakan Reformasi Ekonomi Memperkasakan Rakyat pada Jumaat.
Belanjawan kali ini merupakan yang kedua dibentangkan beliau di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Belanjawan 2024
#Dewan Rakyat
#perkataan daripada falsafah Cina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan