BUSINESS
Belanjawan 2025: Ini 12 inisiatif penting untuk usahawan

Dengan pelbagai inisiatif yang disasarkan dalam Belanjawan 2025, kerajaan berusaha memastikan usahawan tempatan mendapat sokongan diperlukan untuk terus berkembang dalam ekonomi digital dan global. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Belanjawan 2025 memberi fokus besar kepada pembangunan usahawan melalui pelbagai inisiatif dan sokongan kewangan.
Dengan landskap ekonomi yang semakin mencabar, kerajaan memperkenalkan pelbagai langkah untuk memastikan usahawan kekal relevan, berdaya saing, dan mampu berkembang di peringkat tempatan serta global.
Berikut adalah 12 inisiatif utama yang bakal memberi manfaat besar kepada para usahawan:
1. Geran Padanan Digital PMKS & Penjaja [RM50 Juta]
- Usahawan tempatan, termasuk penjaja kecil, akan mendapat geran padanan di bawah BSN untuk memacu usaha pendigitalan perniagaan mereka dan kekal relevan dalam pasaran digital yang semakin berkembang.
- Diperuntukkan untuk tempoh 5 tahun, inisiatif ini akan memperkasa Pusat NADI di seluruh negara sebagai platform untuk komuniti usahawan memanfaatkan perniagaan dalam talian, menjana pendapatan tambahan dan memperluas operasi digital.
- Program ini bertujuan menyokong syarikat-syarikat tempatan di peringkat pertengahan (mid-tier) untuk membina kapasiti dan memperkasa keupayaan mereka bersaing dalam pasaran tempatan dan global melalui pembiayaan khas.
- Usahawan pengeksport tempatan akan menerima insentif bagi memperluas operasi ke pasaran luar negara, membantu mereka meneroka peluang eksport yang lebih besar dan mapan.
- Membantu pengeksport Malaysia mempromosikan produk dan perkhidmatan buatan Malaysia di 60 platform antarabangsa, dengan fokus pada pasaran baharu seperti Afrika, Amerika Latin, dan Timur Tengah.
- Geran padanan yang disediakan turut merangkumi caruman untuk insurans atau takaful bagi usahawan mikro, peniaga kecil, penghantar barang, serta peserta program Ikhtiar Pendapatan Rakyat yang terjejas oleh bencana alam.
- Dana ini menyokong usahawan PKS untuk beralih ke arah digitalisasi, automasi, serta memperkuat sektor agromakanan dan amalan perniagaan lestari.
- Dana khusus untuk wanita dan belia yang berminat menceburi bidang keusahawanan, bertujuan memberi peluang lebih besar kepada golongan ini untuk mencipta kejayaan dalam perniagaan.
- Diperuntukkan untuk menyokong lebih ramai usahawan Bumiputera termasuk artisan tempatan melalui pelbagai program pembiayaan dan sokongan pembangunan perniagaan.
- Usahawan belia akan terus mendapat sokongan untuk menceburi bidang perniagaan melalui program latihan dan pembiayaan, mendorong generasi muda untuk menjadi pemimpin perniagaan.
- Inisiatif ini menyokong syarikat dalam industri kreatif melalui suntikan ekuiti dan pembiayaan khas bagi membantu usahawan sosial kreatif, merangsang pertumbuhan industri seni dan kreatif di Malaysia.
- Melalui Yayasan Pelaburan Bumiputra, Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dan Ekuinas akan menyediakan sokongan kepada perniagaan Bumiputera di sepanjang kitaran perniagaan mereka, memastikan perniagaan ini dapat berkembang secara mapan.
Peluang pendanaan, geran, dan sokongan khusus ini membuktikan komitmen kerajaan terhadap pembangunan sektor keusahawanan yang mapan dan inklusif.
Belanjawan 2025 merupakan belanjawan ketiga dibentangkan di bawah Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia Ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami