awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skandal rasuah ATM: SPRM kemuka kertas siasatan, cadangan pertuduhan kepada pendakwa raya
Trafik penumpang MAHB 2025 cecah 15.53 juta seiring permulaan Tahun Melawat Malaysia 2026
Titah Agong tuntut tindakan menyeluruh perangi rasuah, salah guna kuasa - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2026: Duti rokok dan minuman keras dinaikkan mulai November 2025

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
10/10/2025
11:20 MYT
Belanjawan 2026: Duti rokok dan minuman keras dinaikkan mulai November 2025
Kadar duti eksais ke atas produk rokok dan minuman keras dinaikkan bermula 1 November ini sebagai langkah mengurangkan kadar perokok. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan kadar duti eksais ke atas produk rokok dan minuman keras bermula 1 November ini sebagai langkah mengurangkan kadar perokok serta menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan rakyat Malaysia.
"Kadar duti eksais bagi rokok dinaikkan sebanyak dua sen setiap batang, manakala cigars, cheroots dan cigarillos meningkat RM40 sekilogram, serta produk tembakau dipanaskan (heated tobacco) naik RM20 bagi setiap kilogram kandungan tembakau.
"Pada masa sama, kerajaan turut melanjutkan tempoh pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas produk terapi gantian nikotin hingga 31 Disember 2027, yang kini turut merangkumi produk nicotine mist dan nicotine lozenges," katanya ketika perbentangan Belanjawan 2026.
Selain itu, kadar duti eksais bagi produk minuman keras juga akan dinaikkan sebanyak 10 peratus mulai 1 November 2025, bagi mengurangkan akses kepada alkohol serta mendorong masyarakat mengamalkan tabiat lebih sihat.
Anwar berkata, hasil tambahan daripada kenaikan duti rokok dan minuman keras itu akan disalurkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membiayai Inisiatif Kesihatan Paru-Paru, serta program rawatan diabetes dan penyakit jantung.
Selaras dengan prinsip “mencegah lebih baik daripada mengubati”, kerajaan turut mencadangkan agar perbelanjaan vaksin yang layak mendapat pelepasan cukai pendapatan individu diperluas kepada semua jenis vaksin yang didaftar dan diluluskan oleh KKM.
Dalam pembentangan Belanjawan 2026 kali ini, Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM470 bilion, dengan peruntukan RM338.2 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM81 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#Anwar Ibrahim
#Belanjawan 2026
#duti import dan cukai jualan ke atas produk nikotin minuman kera
#Inisiatif Kesihatan Paru-Paru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan