awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2026: Kerajaan utamakan lahir bakat berkemahiran tinggi

Bernama
Bernama
10/09/2025
10:50 MYT
Belanjawan 2026: Kerajaan utamakan lahir bakat berkemahiran tinggi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap sempena Majlis Pelancaran Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan Ke-9 ICOSH 2025 hari ini. - fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Kerajaan akan memberikan keutamaan kepada usaha melahirkan bakat baharu berkemahiran tinggi dalam bidang teknologi terkini menerusi Belanjawan 2026, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata tumpuan akan diberikan khususnya kepada bidang kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor huluan, yang kini menjadi keperluan mendesak industri berteknologi tinggi.
"Ini merupakan antara keutamaan kita (kerajaan) dalam belanjawan kali ini (Belanjawan 2026) bulan depan insya-Allah.
"Kita terpaksa melihat semula tentang pencapaian dan apa yang diperlukan untuk memberikan dukungan, agar dipercepatkan dengan kadar yang lebih pantas lagi (tentang) program latihan dan kesejahteraan yang diperlukan, untuk mengangkat martabat dan keupayaan anak-anak kita," katanya berucap merasmikan Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan (ICOSH) kali ke-9, di sini hari ini.
Anwar berkata usaha itu juga penting bagi menyokong pelaburan besar syarikat antarabangsa seperti Infineon Technologies yang melabur di Kulim dan Melaka, sekali gus memastikan Malaysia mampu menyediakan tenaga kerja mahir yang diperlukan.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Belanjawan 2026
#kecerdasan buatan
#semikonduktor huluan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami