awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hutan Percha berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan rekreasi
LKIM perkukuh pembangunan akuakultur, jamin bekalan ikan negara
Sabah jana RM8.74 bilion hasil pelancongan 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2026: Komprehensif, bantuan terus kepada rakyat - Aminuddin

Bernama
Bernama
11/10/2025
11:06 MYT
Belanjawan 2026: Komprehensif, bantuan terus kepada rakyat - Aminuddin
Aminuddin berucap pada Program Nadi Guru MADANI:Peningkatan Kompetensi dan Komunikasi Berkesan Guru MADANI Ke Arah Aspirasi Pendidikan Berkualiti hari ini. - Foto Bernama
SEREMBAN: Belanjawan 2026 mencakupi keperluan rakyat dan memberi lebih manfaat secara langsung khususnya kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana termasuk di Negeri Sembilan, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Ringkasan AI
  • Belanjawan 2026 disifatkan komprehensif dan memberi manfaat langsung kepada rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana termasuk di Negeri Sembilan.
  • Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun menekankan kepentingan pelaksanaan segera setiap inisiatif, agar kesan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat dapat dirasai tanpa kelewatan.
  • Antara projek pembangunan di Negeri Sembilan yang diumumkan termasuk persimpangan PLUS Malaysia Vision Valley, baraj di Pedas, pemulihan Pantai Teluk Kemang dan pembinaan sekolah baharu di Nilai.

Beliau berkata secara keseluruhan belanjawan tersebut adalah komprehensif dan memberi gambaran jelas bahawa kerajaan berusaha menyalurkan bantuan secara langsung kepada rakyat sekali gus memperkukuh pembangunan di setiap negeri.
Aminuddin yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berharap pelaksanaan setiap inisiatif di bawah belanjawan itu dapat dilaksanakan dengan segera memandangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) telah diumumkan dan tidak sepatutnya wujud sebarang kelewatan dalam pelaksanaan projek pembangunan.
"Apa yang penting ialah bagaimana pelaksanaan itu dapat dilaksanakan segera kerana setiap satu daripadanya memberi kesan langsung kepada ekonomi dan kesejahteraan masyarakat setempat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Aminuddin turut menyambut baik inisiatif kerajaan seperti pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang membuka peluang lebih luas kepada golongan memerlukan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.
Menerusi pembentangan Belanjawan 2026 semalam, beberapa projek pembangunan yang diumumkan turut melibatkan Negeri Sembilan antaranya pembinaan persimpangan PLUS untuk pembangunan Malaysia Vision Valley; baraj dan takungan air pinggiran sungai Pedas, Rembau; Pemulihan Pantai Teluk Kemang Port Dickson dan pembinaan sekolah baharu di Nilai.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2026
#Aminuddin Harun
#mencakupi keperluan rakyat
#Negeri Sembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan