BISNES
Belanjawan 2026: Peruntukan wujudkan mahkamah bergerak akan dimohon - Azalina

Azalina akan memohon daripada Anwar untuk memberikan peruntukan bagi mewujudkan mahkamah bergerak dalam Belanjawan 2026 akan datang. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pihaknya akan memohon daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberikan peruntukan bagi mewujudkan mahkamah bergerak dalam Belanjawan 2026 akan datang.
Ringkasan AI
- Mahkamah bergerak dicadangkan dalam Belanjawan 2026 bagi memudahkan akses keadilan kepada penduduk luar bandar yang sukar ke mahkamah di bandar utama.Cadangan ini telah mendapat persetujuan Ketua Hakim Negara, menunjukkan komitmen institusi kehakiman untuk membawa perkhidmatan lebih dekat kepada rakyat.Inisiatif ini selari dengan prinsip Kerajaan MADANI untuk memperluas akses keadilan, termasuk menyediakan peguam pendamping di lapangan bersama mahkamah bergerak.
“Saya sudah berjumpa dengan Ketua Hakim Negara dan beliau juga sudah bersetuju. Kalau mahkamah berada di bandar-bandar utama sesuatu daerah, kadang-kadang sukar untuk orang yang tinggal di kawasan luar bandar untuk ke mahkamah.
“Apabila mahkamah pergi ke bawah, dengan adanya pula khidmat bantuan guaman, peguam juga boleh berada di bawah (dekat dengan rakyat). Kita bawa keadilan dan kehakiman kepada rakyat. Ini beza Kerajaan MADANI dengan kerajaan sebelum ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
Pembentangan Belanjawan 2026 oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan pada 10 Oktober akan datang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami