KUALA LUMPUR: Belanjawan 2023 merupakan langkah yang tepat dalam menghadapi cabaran yang sukar, terutamanya di tengah-tengah gangguan rantaian bekalan global dan kenaikan harga makanan, kata Khazanah Research Institute (KRI).
Pengerusi Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 yang bakal diumumkan adalah langkah yang signifikan untuk mencapai pertumbuhan nilai tambah yang tinggi.
"KRI percaya Belanjawan 2023 dapat memastikan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan, menanam keyakinan melalui reformasi institusi dan tadbir urus, serta meningkatkan keadilan sosial," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata pembiayaan bersasar sebanyak RM1.5 bilion oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk syarikat pemula tempatan dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi berasaskan inovasi.
Selain itu, sejumlah RM40 bilion juga disediakan dalam bentuk geran dan pinjaman untuk pembangunan perniagaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Pembiayaan tambahan untuk digitalisasi dan automasi juga disediakan untuk membolehkan perniagaan kekal bertahan dan terus bersaing.
"Langkah-langkah untuk memperkasakan potensi isi rumah berpendapatan rendah melalui Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR), insentif kepada majikan untuk peningkatan gaji bagi kumpulan sasaran, serta pengurangan kadar cukai bagi isi rumah M40 benar-benar mencerminkan konsep kesejahteraan bagi semua rakyat Malaysia," jelasnya.
Dalam pada itu, perluasan perlindungan sosial Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada mereka yang bekerja sendiri melalui sumbangan caruman sebanyak 80 peratus oleh kerajaan, serta sumbangan sebanyak RM500 ke akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi mereka yang berumur antara 40-54 tahun dengan simpanan persaraan yang rendah, merupakan inisiatif yang signifikan kepada kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.
Dalam menangani risiko perubahan iklim yang semakin meningkat, fokus Belanjawan 2023 juga diterjemah melalui peningkatan Transfer Fiskal Ekologi (EFT) bagi mempertahankan khazanah semula jadi.
Belanjawan 2023 dibentangkan semalam oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Parlimen.
Bertemakan 'Membangun Malaysia MADANI', ia menumpukan 12 ikhtiar utama berlandaskan tiga tekad iaitu pemacuan ekonomi yang terangkum dan mampan, reformasi institusi dan tata kelola bagi memulih keyakinan dan keadilan sosial untuk menyederhana kesenjangan.
Ini adalah belanjawan pertama yang dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar.
IKUTI INTI PATI BELANJAWAN 2023 DI SINI
KALKULATOR BELANJAWAN 2023
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 25 2023
KRI percaya Belanjawan 2023 dapat memastikan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan, menanam keyakinan melalui reformasi institusi dan tadbir urus, serta meningkatkan keadilan sosial.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
1.4 juta ahli KWSP terima RM500 one-off caruman tambahan
Insentif RM500 diperuntukkan kepada individu yang mempunyai simpanan KWSP RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 mereka setakat 24 Februari 2023.
AP kenderaan CBU masih lagi relevan - Tengku Zafrul
Pemansuhan AP boleh mendorong pengimportan atau lambakan kenderaan CBU yang tidak mematuhi piawaian teknikal dan membahayakan pengguna.
Kerajaan peruntuk RM90 juta kepada Risda, Felcra, galak pekebun kecil optimumkan penggunaan tanah
Anwar Ibrahim berkata skop galakan cukai automasi juga akan diperluas untuk meliputi sektor komoditi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.
Skim pencen 'bom jangka' kewangan negara - Khairy
Pelaksanaan skim pencen seperti diamalkan bagi sektor perkhidmatan awam boleh menjadi bom jangka kepada kewangan negara, menurut Khairy Jamaluddin.
[KOLUMNIS] Kerajaan nekad noktahkan miskin tegar, bukan 'tanam tebu di bibir'
KEMISKINAN tegar yang sudah lama berakar di negara ini harus dinoktahkan pada tahun ini juga.
[KOLUMNIS] Beri masa kestabilan politik Madani selesai masalah negara
Suhu politik seakan-akan tidak menunjukkan sebarang tanda akan reda untuk tempoh sekurang-kurang sehingga berakhir penggal Parlimen ke-15.
Kerajaan mampu laksana inisiatif Ekonomi MADANI - Ahmad Maslan
Kementerian turut digalakkan supaya menggunakan keseluruhan sumber yang diperuntukkan bagi melaksanakan inisiatif di bawah Ekonomi MADANI.
Sejumlah RM471 juta bantuan IPG diagihkan kepada 217,090 pekebun kecil - LGM
IPG telah dilaksanakan sejak 2015 bertujuan bagi mengurangkan beban pekebun kecil ketika harga getah di pasaran rendah.
Pelaksanaan Ekonomi Madani tidak libatkan tambahan perbelanjaan - Rafizi
Beliau berkata kerajaan akan berbelanja mengikut peruntukan yang diluluskan oleh Parlimen serta berdasarkan perbelanjaan yang ditetapkan dalam belanjawan tahun ini.
Kuarters usang di IPD Gerik, Kampar dan Ipoh akan ditambah baik - Ketua Polis Perak
Penyelenggaraan fasiliti lain seperti lif turut akan diberikan perhatian sewajarnya bagi kemudahan anggota dan keluarga mereka.