KUALA LUMPUR: Business Events Sarawak (BESarawak) hari ini melancarkan jilid pertama Jurnal Antarabangsa Acara Perniagaan dan Legasi (IJBEL), jurnal pertama di dunia yang menggabungkan acara perniagaan dan topik legasi serta yang pertama di Asia Tenggara mengenai semua acara perniagaan.
Ketua Pegawai Eksekutif BESarawak Amelia Roziman berkata terbitan pertama memberikan pandangan dan pengetahuan yang amat baik mengenai cara penggiat acara perniagaan global berkembang dan impak yang ditemui sehingga kini.
"Sebanyak 11 kertas kerja telah diterbitkan dan separuh daripadanya melaporkan mengenai usaha legasi dan kemampanan yang telah dimulakan.
"Separuh daripadanya telah berjaya untuk jurnal yang khusus untuk topik ini - kejayaan jilid pertama menunjukkan jurnal itu merupakan platform yang berkesan dan dipercayai untuk mendokumentasikan nilai sebenar acara perniagaan," katanya dalam kenyataan bersempena dengan 3rd Business Events Tribal Meet (TriBE Assembly) pada Jumaat.
Pada TriBE Assembly pada Jumaat, Sarawak mendedahkan bahawa destinasi itu akan cuba meraih 1,245 acara perniagaan menjelang 2030 dengan membangunkan lagi langkah-langkah yang akan memberi impak legasi dan kemampanan dalam sektor itu.
TriBE Assembly semalam mencadangkan kepada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak pelan strategik jangka panjang untuk membantu dalam mencapai Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 kerajaan negeri dan menjadikan Sarawak sebagai destinasi utama untuk ekopelancongan dan acara perniagaan.
Cadangan itu menjadikan satu cadangan yang kukuh - bagi kerajaan mengukuhkan kerjasamanya dengan sektor itu untuk membangunkan dasar dan garis panduan yang praktikal dan beretika yang akan menerajui acara perniagaan pada masa depan untuk menjadi lebih berkesan dan mampan kepada destinasi tersebut.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah memberi jaminan untuk memacu pembangunan komuniti, ekonomi dan alam sekitar yang positif daripada acara perniagaan dan mengetuai 300 perwakilan daripada TriBE Assembly sebagai duta acara perniagaan Sarawak.
"Berdasarkan acara perniagaan merupakan sebahagian daripada PCDS 2030, acara berteraskan kemampanan dan legasi akan menjadi acara penting untuk mencapai aspirasi kita untuk kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar.
"Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak memberi jaminan bahawa impak legasi dan kemampanan akan disokong sepenuhnya dan akan menjadi elemen kepada sektor acara perniagaan kita," katanya.
Setakat ini, negeri itu telah melepasi sasarannya untuk mencapai 90 acara dengan 94 acara (pencapaian 104 peratus), dengan anggaran jumlah impak ekonomi sebanyak RM303 juta; RM165 juta daripada perbelanjaan perwakilan langsung, RM9.9 juta hasil cukai dan 23,755 pekerjaan untuk Sarawak.
Daripada 94 acara, 81 acara perniagaan telah dinilai dengan sejumlah 570 impak terhadap sektor tersebut, ekonomi, komuniti, alam sekitar dan tadbir urus politik.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 03 2022
Acara 3rd Business Events Tribal Meet (TriBE Assembly) yang diadakan pada Jumaat. - Foto Facebook/Hiram Ting
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH
Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini.
Pukul pelatih: Penyelia, pembantu pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah
Penyelia dan pembantu sebuah pusat pemulihan dadah mengaku tidak bersalah menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pelatih lelaki.
BESarawak lepasi sasaran pulangan ekonomi, impak legasi tahun kewangan 2022
Angka ini adalah 111 peratus dan 196 peratus melebihi sasaran acara dan pulangan ekonomi yang ditetapkan pada tahun berkenaan.
Sarawak Pavilion akan membuat kemunculan di IMEX Frankfurt dari 23-25 Mei
Sarawak akan mengambil bahagian dalam pavilion sulungnya secara solo di pameran perdagangan global untuk acara perniagaan.
Menjelang 2030: Sarawak sasar impak ekonomi keseluruhan bernilai RM2.2 bil bagi sektor acara perniagaan
Perkara itu dipacu oleh sasaran sebanyak 1,245 penganjuran acara perniagaan dalam tempoh tersebut yang mengambil kira terhadap elemen kesan legasi (legacy impact) dan kelestarian.
BESarawak lancar IJBEL, jurnal pertama dunia mengenai industri acara perniagaan
Sebanyak 11 kertas kerja telah diterbitkan dan separuh daripadanya melaporkan mengenai usaha legasi dan kemampanan yang telah dimulakan.