Platform pembiayaan awam Funding Societies, menyasarkan pengumpulan dana bernilai RM20 juta dan agihan pembiayaan kepada hampir 200 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tahun ini menggunakan kaedah 'crowdfunding'.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Kah Meng Wong berkata, meskipun platform itu kali pertama diperkenalkan di Malaysia, ia dijangka mendapat sambutan menggalakkan memandangkan PKS merupakan penyumbang besar kepada ekonomi negara.
Di bawah kaedah tersebut, dua perkara menjadi tumpuan khusus oleh Funding Societies, iaitu membolehkan pelabur menanam modal dan membolehkan PKS memperoleh pembiayaan.
Bertapak di Singapura dan Indonesia, Funding Societies merupakan inisiatif pengumpulan dana awam yang selari dengan hasrat Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mewujudkan lebih banyak teknologi kewangan (fintech).
Bagi tahun pertama, Kah berkata, corak pinjaman dan bayaran balik akan dinilai sebelum produk pembiayaan baharu diperkenalkan.
“Di Indonesia dan Singapura, kami mulakan dengan pinjaman bersyarat dan pelaburan. Apabila kami selesa dengan risiko kredit tempatan, kami akan mulakan pembiayaan mikro.
“Ini akan lebih menarik pelabur kerana mereka boleh melabur dalam jumlah kecil. Sudah tentu ia akan memberikan pembiayaan kepada PKS lebih meluas, berbanding pinjaman bersyarat atau pelaburan,” katanya selepas pelancaran platform pengumpulan dana itu di sini hari ini.
Sementara itu, menurut pengasas bersama Funding Societies, Kelvin Teo, konsep pembiayaan dan pengumpulan dana seperti itu sudah terbukti berjaya di negara maju.
Sejak Jun 2015, Funding Societies berjaya menyalurkan sejumlah RM90 juta pembiayaan di Singapura dan Indonesia di mana dari jumlah itu, 2 peratus merupakan pinjaman tertunggak.
“Malaysia merupakan pasaran yang berisiko dari segi perspektif kredit. Persekitaran ekonomi makro masih tidak menentu. Kami jangka kadar tunggakan pinjaman di Malaysia berpotensi tinggi.
“Namun, ini semua sudah diambil kira dalam penilaian risiko kami. Kadar faedah yang kami berikan adalah 10 ke 18 peratus. Kami jangkakan pelabur akan menerima pulangan 5 ke 9 peratus.
“Kami tidak hanya fokus kepada bagaimana untuk memungut hutang jika ia berlaku, namun kami proaktif dan mahu elakkan ia berlaku.
"Dari perspektif pengurusan kredit, kami lakukan penilaian ketat. Kami lebih ketat namun lebih fleksibel berbanding bank,“ katanya sambil menambah, platform itu bukan pesaing kepada institusi kewangan sebaliknya hanya pelengkap kepada ekosistem pembiayaan dan pelaburan di Malaysia.
Pinjaman bagi PKS akan diberikan bermula daripada RM50,000 sehingga RM500,000 dengan tempoh bayaran balik 1 hingga 12 bulan tanpa cagaran.
Ia bakal melibatkan PKS dalam sektor pembuatan, borong dan runcit, pembinaan serta minuman dan makanan.
Najib Aroff
Wed Feb 22 2017
Kah Meng Wong (kanan) dan Kelvin Teo pada majlis pelancaran Funding Societies di ibu negara hari ini, 22 Februari, 2017. Astro AWANI / Najib Aroff
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
Biaya PKS guna kaedah 'crowdfunding'
Platform pembiayaan awam, Funding Societies menyasarkan pengumpulan dana bernilai RM20 juta dan agihan pembiayaan kepada hampir 200 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tahun ini.