PUTRAJAYA:Bilangan jawatan di sektor swasta adalah lebih rendah pada suku keempat 2020 berbanding suku ketiga 2020, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia. 

Hasil sektor perkhidmatan naik 1.7 peratus suku ke suku kepada RM435.9 bilion pada suku keempat 2020 berbanding suku ketiga 2020. 

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, kajian guna tenaga yang dilaksanakan ke atas perniagaan berdaftar sektor swasta melibatkan permintaan buruh merangkumi jawatan, jawatan diisi, kekosongan dan pewujudan jawatan mengikuti kategori kemahiran dan aktiviti ekonomi.

"Laporan ini membentangkan statistik permintaan buruh merangkumi jawatan, jawatan diisi, kekosongan dan pewujudan jawatan mengikut kategori kemahiran dan aktiviti ekonomi.

"Pada suku keempat 2020, jumlah jawatan direkodkan adalah 8.457 juta berbanding 8.661 juta pada suku sama tahun lepas. Penurunan sebanyak 204 ribu jawatan ini menunjukkan permintaan buruh yang agak perlahan rentetan daripada peningkatan semula kes COVID-19 pada suku keempat 2020.

"Daripada keseluruhan jumlah jawatan pada suku keempat, sebahagian besarnya adalah jawatan separuh mahir dengan sumbangan 62.4 peratus, diikuti mahir (24.4%) dan berkemahiran rendah (13.2%).

"Dalam tempoh yang sama, sebanyak 51.6 peratus jawatan adalah di sektor perkhidmatan, diikuti pembuatan (26.7%), pembinaan (15.2%). Bagi sektor pertanian, perlombongan dan pengkuarian yang merangkumi 6.5 peratus," katanya dalam kenyataan media, di sini pada Selasa.

Jelasnya lagi, kadar pengisian jawatan kekal pada 97.9 peratus dengan merekodkan 8.281 juta jawatan diisi.

Bagaimanapun, jumlah itu menurun 12 ribu berbanding suku ketiga iaitu 8.293 juta jawatan diisi.

"Kategori separuh mahir mendominasi jawatan diisi dengan sumbangan 62.6 peratus (Suku Ketiga 2020: 62.4%) manakala mahir merangkumi 24.4 peratus.

"Analisis perbandingan prestasi suku tahunan mengikut sektor ekonomi menunjukkan, hampir semua sektor merekodkan bilangan jawatan diisi yang lebih rendah kecuali Pembuatan yang merekodkan peningkatan sebanyak 5.9 ribu kepada 2.159 juta jawatan diisi.

"Kekosongan jawatan pada suku ini adalah sebanyak 176 ribu jawatan dengan kadar 2.1 peratus (suku ketiga 2020: 2.1%)," katanya.

Menurut Mohd Uzir, bilangan kekosongan jawatan adalah 3.4 ribu lebih rendah berbanding suku lepas iaitu 179.3 ribu.

"Jika dibandingkan dengan suku yang sama tahun lepas, penurunan pada suku ini adalah lebih tinggi iaitu sebanyak 22 ribu (Suku keempat 2019: 198.0 ribu).

"Sebahagian besar kekosongan adalah pada kategori separuh mahir (98.2 ribu) dan diikuti oleh mahir (40.5 ribu).Hasil sektor perkhidmatan naik 1.7 peratus pada suku keempat 2020

BACA: Hasil sektor perkhidmatan naik 1.7 peratus pada suku keempat 2020

"Mengikut sektor ekonomi, sebahagian besar kekosongan jawatan adalah dalam sektor pembuatan (55.6%) terutamanya subsektor produk elektrik, elektronik dan optik (17.6%) dan diikuti produk petroleum, kimia, getah dan plastik (10.5%)," katanya lagi.

Prestasi perlahan ekonomi yang berlaku berikutan pandemik COVID-19 16.7 ribu jawatan baharu berjaya diwujudkan di sektor swasta, menurut Mohd Uzir. 

Bagaimanapun, jumlah jawatan baharu itu berkurang sebanyak 4.3 ribu jawatan pada suku ketiga tahun 2020.

Suku keempat tahun 2020 adalah amat mencabar kepada pasaran buruh lanjutan daripada gelombang ketiga COVID-19 dan diikuti dengan penguatkuasaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan peraturan lebih ketat dua bulan terakhir tahun itu, menurut Mohd Uzir.

Pelancaran pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) diharapkan dapat membantu menstabilkan ekoomi serta memberi lebih banyak peluang kepada sektor perniagaan tahun ini.