PUTRAJAYA: Bilangan penganggur pada September lepas menurun 0.6 peratus kepada 573,700 orang berbanding 577,300 orang pada bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
DOSM menerusi Perangkaan Tenaga Buruh, Malaysia, September dan Suku Ketiga 2023 yang dikeluarkan hari ini memaklumkan kadar pengangguran pada September kekal pada 3.4 peratus seperti bulan Ogos.
Mengulas mengenai perangkaan itu, Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata pada September, kedudukan tenaga buruh di Malaysia berada dalam aliran pertumbuhan positif dengan peningkatan kecil dalam bilangan pekerja, manakala penganggur terus berkurangan selari dengan perkembangan ekonomi semasa.
Justeru, beliau berkata bilangan tenaga buruh terus bertambah pada September dengan peningkatan bulan ke bulan sebanyak 0.1 peratus kepada 16.95 juta orang berbanding 16.93 juta orang pada bulan sebelumnya.
"Kadar penyertaan tenaga buruh (LFPR) kekal 70.1 peratus seperti yang direkodkan pada Ogos 2023," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Mohd Uzir berkata bilangan penduduk bekerja terus bertambah pada September dengan sedikit peningkatan sebanyak 0.1 peratus merekodkan 16.38 juta orang berbanding Ogos yang mencatatkan 16.35 juta orang.
Beliau berkata 75.3 peratus daripada jumlah penduduk bekerja itu adalah dalam kategori pekerja yang turut merekodkan peningkatan sebanyak 0.1 peratus mencecah 12.33 juta orang pada September berbanding 12.32 juta orang pada bulan sebelumnya.
Dari segi sektor ekonomi, Mohd Uzir berkata sektor perkhidmatan terus menunjukkan peningkatan dalam bilangan penduduk bekerja terutamanya aktiviti perdagangan borong dan runcit, perkhidmatan makanan dan minuman, dan pengangkutan dan penyimpanan.
"Sektor pembuatan, pembinaan, perlombongan dan pengkuarian, dan pertanian juga menunjukkan pertambahan dalam bilangan penduduk bekerja pada bulan berkenaan," katanya.
Bagi pengangguran belia berusia 15 hingga 24 tahun pula, Mohd Uzir berkata kadarnya menurun kepada 10.6 peratus dengan mencatatkan 310,100 orang pada September berbanding 10.8 peratus atau 309,200 orang pada Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 08 2023
Menurut Uzir, pada September, kedudukan tenaga buruh di Malaysia berada dalam aliran pertumbuhan positif dengan peningkatan kecil dalam bilangan pekerja. - Gambar fail/Astro AWANI
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
Bilangan penganggur terus menurun dengan kadar 3.2 peratus pada Sept 2024 - DOSM
Kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun turun kepada 6.3 peratus, merekodkan 420,100 penganggur belia.
Kadar pengangguran diunjur berada pada paras 3.3% tahun ini - Maybank IB
Katanya, segmen tenaga kerja tertentu akan menyaksikan gaji yang lebih tinggi seperti contoh kenaikan gaji perkhidmatan awam.
Tenaga buruh Jun 2024 kekal trend positif, bilangan penganggur turun - DOSM
Ini sekali gus mencatatkan kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) yang lebih tinggi pada bulan Jun 2024 iaitu pada 70.4 peratus.
California terus berada di kedudukan teratas dalam kadar pengangguran di AS
California terus menerajui Amerika Syarikat (AS) dalam jumlah kehilangan pekerjaan sejak awal tahun ini.
Purata kadar pengangguran 2024 di Malaysia diunjur 3.4 peratus - Maybank IB
Katanya, kadar pengangguran kekal 3.3% untuk bulan kelima berturut-turut pada Mac 2024, disokong oleh jurang yang stabil antara pertumbuhan guna tenaga yang terus mengatasi pertumbuhan tenaga buruh.
Peningkatan kerentanan terhadap pengangguran satu kebimbangan - IDEAS
Peningkatan kerentanan terhadap pengangguran menjadi satu kebimbangan utama yang dijejaskan lagi oleh impak akibat pandemik COVID-19.
Bilangan penganggur menurun pada September - DOSM
Bilangan penganggur pada September lepas menurun 0.6 peratus kepada 573,700 orang berbanding 577,300 orang pada bulan sebelumnya.
Perkeso Kelantan kurangkan pengangguran menerusi lebih 37,000 penempatan pekerjaan
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan membantu mengurangkan pengangguran di negeri ini menerusi lebih 37,000 penempatan pekerjaan baharu dari Januari 2020 hingga September lepas.
Semua negeri merekodkan kadar pertumbuhan positif pada 2022
DoSM merekodkan pertumbuhan positif walaupun wujud ketidaktentuan ekonomi global, konflik geopolitik dan gangguan rantaian bekalan makanan.
Kadar pengangguran belia 10.1 peratus suku pertama 2023 - KSM
Kadar pengangguran yang tinggi dalam kalangan belia dilihat sebagai fenomena global yang dihadapi kebanyakan negara di seluruh dunia.