awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
Mahkamah benar lanjutan masa tiga bulan sekat PSI guna AS$340 juta dikaitkan 1MDB
SPRM mulakan siasatan dakwaan transaksi wang akaun pegawai kanan tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BlackBerry tawar wang tunai kepada pengguna iPhone

Agensi
Agensi
26/11/2014
02:35 MYT
BlackBerry tawar wang tunai kepada pengguna iPhone
Ini merupakan kali pertama bahawa BlackBerry bersaing rapat dengan Apple sejak firma Kanada itu melancarkan pelan pemulihan tahun lepas. -Gambar fail
BlackBerry mahu menarik pelanggan Apple dengan menawarkan wang tunai dengan pertukaran, atau trade-in, telefon iPhone mereka dengan BlackBerry Passsport.
Promosi ini dilancarkan pada Isnin dan pertukaran boleh dilakukan bermula bulan depan sehingga 13 Februari di Kanada dan Amerika Syarikat.
Pelanggan yang menukarkan iPhone mereka boleh menerima wang tunai sehingga $400 (RM1336) bergantung kepada model dan keadaan. Mereka juga akan menerima $150 (RM501) sebagai kad hadiah (gift card).
Ini merupakan kali pertama bahawa BlackBerry bersaing rapat dengan Apple sejak firma Kanada itu melancarkan pelan pemulihan tahun lepas.
BlackBerry Passport dilancarkan pada bulan September. Telefon berkenaan memiliki skrin sentuh persegi yang lebih besar serta papan kekunci sentuh QWERTY.
Syarikat itu berkata peranti itu disasarkan kepada profesional perniagaan yang mementingkan produktiviti, yang mahukan telefon pintar yang memberi kuasa kepada mereka bersama perkakasan mudah alih yang diperlukan untuk menjalankan kerja, tanpa mengetepikan gaya dan mudah dibawa.
Topic Berkaitan
#Apple
#BlackBerry
#iPhone
#passport
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan