awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuba dedah identiti 32 anggota maut dalam serangan AS ke atas Venezuela, Washington pertahan tindakan
PM Anwar tiba di Ankara untuk lawatan rasmi tiga hari ke Turkiye
Salji tebal lumpuhkan Eropah: 6 maut, ratusan penerbangan dibatalkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BlackBerry umum biasiswa, program siber baharu sokong bakat siber tempatan

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
08/05/2025
09:26 MYT
BlackBerry umum biasiswa, program siber baharu sokong bakat siber tempatan
Tengku Fahad Mua'adzam Shah (tengah kiri) hadir bagi menyempurnakan majlis sambutan ulang tahun pertama Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber (CCoE) Malaysia. - Foto Astro AWANI
CYBERJAYA: Jenama teknologi global, BlackBerry memperkenalkan beberapa inisiatif baharu untuk memacu pembangunan bakat siber di Malaysia.
Ia sekali gus menyokong usaha kerajaan Malaysia memperkukuh bakat tempatan dan meningkatkan kepelbagaian dalam sektor keselamatan siber negara.
Sempena ulang tahun pertama Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber (CCoE) Malaysia, BlackBerry menawarkan biasiswa latihan keselamatan siber kepada wanita, pelajar universiti, pensyarah, dan komuniti kurang akses pendidikan.
Program ini dilaksanakan hasil kerjasama BlackBerry dengan TalentCorp dan rakan-rakan industri lain seperti ISC2 Malaysia Chapter dan 42KL.
Antara inisiatif utama lain adalah pelancaran platform EC Council Learning untuk penjawat awam, serta program CyberNext yang menyediakan latihan percuma kepada 1,000 pelajar dan 250 pensyarah bermula Julai.
Selain itu, 50 biasiswa disediakan khusus untuk wanita, sementara 25 sijil CompTIA ITF+ ditaja bagi membantu mereka yang kurang akses kepada pendidikan formal.
Naib Presiden Kanan Komunikasi Selamat BlackBerry di APAC, Tash Stamatelos berkata, CCoE berperanan sebagai hab pembelajaran dan kerjasama serantau, meletakkan Malaysia sebagai peneraju keselamatan siber di ASEAN.
“Kami berbangga menyaksikan CCoE berkembang pada tahun pertamanya, memperkukuh kerjasama, memperluas program, dan menawarkan biasiswa yang membantu membina modal insan digital serta menyokong kepelbagaian dalam sektor keselamatan siber,” tambah beliau.
Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Malaysia, Jodi Robinson pula berkata, beliau memuji kemajuan yang dicapai kerajaan Malaysia, BlackBerry dan rakan-rakan dalam menangani kekurangan kemahiran siber serta memajukan kepelbagaian sektor ini.
“Saya berharap CCoE terus berkembang sebagai hab kecemerlangan keselamatan siber serantau di Asia Tenggara,” katanya.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Tengku Arif Temenggong, Tengku Fahad Mua'adzam Shah bagi menyempurnakan pelancaran program baharu tersebut.
Topic Berkaitan
#CCoE
#BlackBerry
#memacu pembangunan bakat siber
#bakat tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan