KUALA LUMPUR: Susulan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 21 Jun, bahawa “BlackRock ada operasi atau pun syarikat yang ada kepentingan BlackRock, yang beroperasi di seluruh negara dan di pasaran saham”, data menunjukkan BlackRock mempunyai kepentingan dalam saham Bursa Malaysia bernilai RM24.7 bilion dan RM7.9 bilion dalam bon kerajaan dan korporat Malaysia.
Kenyataan Perdana Menteri tersebut adalah sebagai reaksi terhadap pihak-pihak yang menggesa dihentikan pelaburan Blackrock di Malaysia.
Menurut data yang boleh diperoleh secara terbuka, firma pelaburan global, BlackRock sudah sedia ada memiliki pelaburan ekuiti di dalam 100 syarikat tersenarai di Malaysia merangkumi keseluruhan sektor industri, dengan tiga entiti terbesar merupakan institusi perbankan di negara ini, berdasarkan data Bloomberg setakat Mei 2024.
Firma berpangkalan di Amerika Syarikat itu telah aktif melabur di Malaysia dengan jumlah nilai pasaran (MV) terkini ialah AS$4.3 bilion atau kira-kira RM24.7 bilion iaitu pelaburan ekuiti syarikat tersenarai sebanyak RM18.7 bilion dan bon sebanyak RM7.9 bilion.
Berdasarkan senarai pelaburan BlackRock di Malaysia, sektor perbankan merupakan tiga entiti tertinggi dilaburnya iaitu Public Bank sebanyak RM2.34 bilion (2.75%), diikuti Maybank RM2.16 bilion (1.88%) dan CIMB RM1.42 bilion (2.07%).
Tenaga Nasional di tangga keempat dengan pelaburan RM860 juta (1.32%); disusuli Metal Aluminium RM625 juta (1.62%); CelcomDigi RM526 juta (1.03%).
Berikut adalah senarai penuh 30 syarikat yang memiliki pelaburan BlackRock, berdasarkan data Bloomberg setakat Mei 2024:
Dari segi bon, BlackRock memiliki pelaburan tertinggi di dalam Bon Kerajaan Malaysia sebanyak RM2.53 bilion; Petronas Capital (RM2.52 bilion); Terbitan-terbitan Bon RM1.57 bilion).
Berikut adalah senarai penuh mengikut data Bloomberg setakat Mei 2024:
Berdasarkan data Bloomberg di atas, adalah jelas BlackRock bukan pelabur baharu tetapi sememangnya sudah sedia aktif, malah memiliki pejabat operasinya di Malaysia.
BlackRock adalah syarikat pelaburan antarabangsa terbesar di dunia dan menguruskan aset global bernilai kira-kira AS$10 trilion. Ditubuhkan pada 1988, BlackRock telah mencapai kejayaan yang dramatik ke puncak dunia pelaburan, memainkan peranan pelaburan utama dalam kebanyakan ekonomi negara, termasuk Malaysia.
BlackRock dan dua lagi firma pelaburan seumpamanya iaitu Vanguard dan State Street dianggap secara meluas sebagai Pengurus Aset 'The Big Three' di seluruh dunia. Pengurus aset ini adalah antara pemilik terbesar syarikat dagangan awam.
`The Big Three’ ini memiliki Aset Di bawah Pengurusan (AUM) bersamaan dengan lebih 75% daripada KDNK Amerika Syarikat pada 2023 atau kira-kira 55 kali ganda KDNK Malaysia pada 2023!
Firma ini juga aktif melabur di negara Islam lain seperti Arab Saudi dengan nilai dana AS$24 bilion, Emiriah Arab Bersatu AS$8.6 bilion dan Indonesia AS$11 bilion.
Selain itu, BlackRock aktif di China dengan pelaburan bernilai AS$199 bilion dan India AS$148 bilion.
BlackRock terutamanya melaburkan dana untuk pelanggan melalui banyak syarikat dan dana. BlackRock juga menasihati kerajaan dan mempunyai hubungan rapat dengan White House dan Rizab Persekutuan AS.
BlackRock memainkan peranan utama dalam mengenengahkan keperluan syarikat korporat supaya mematuhi piagam pelaburan alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat (ESG), dan telah menjadi sangat aktif dalam sektor tenaga boleh diperbaharui dan alam sekitar yang mampan.
Persoalan seterusnya ialah berdasarkan data di atas juga, mengapakah penyertaan syarikat sekutu BlackRock, GIP dalam cadangan penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berbeza dengan pelaburan-pelaburan sedia ada firma ini di Malaysia?
Berdasarkan data pemegang saham MAHB, BlackRock sememangnya sudah memiliki 2.02% ekuiti bernilai RM286 juta di dalam syarikat pengendali lapangan terbang ini.
Ada pihak mahu urus niaga GIP di dalam MAHB dibatalkan, apakah seruan itu harus diperbaharui dengan meliputi keseluruhan pelaburan BlackRock ini?
BACA: BlackRock tidak terlibat dalam penswastaan Malaysia Airports, kata GIP
Faktanya, BlackRock melabur di dalam hampir 100 syarikat Malaysia – sebab itu pun fungsinya sebagai firma pelaburan. Dan kehadirannya sebagai pelabur global, membantu menyemarakkan minat pelabur am di Bursa Malaysia.
Tarik keluar semuanya dana BlackRock, anda boleh bayangkan apa bentuk kekacauan akan berlaku kepada sistem kewangan Malaysia.
Penganalisis ekonomi, Wan Mohd Farid Wan Zakaria berkata, “adalah penting untuk ambil perhatian bahawa BlackRock hanyalah salah satu daripada banyak pelabur institusi yang beroperasi dalam ekonomi Malaysia”.
“Pengaruhnya adalah sebahagian daripada landskap lebih luas pelabur domestik dan antarabangsa, institusi kewangan, dan pelakon kerajaan yang membentuk trajektori ekonomi Malaysia,” kata beliau.
Dalam senario sesebuah firma pelaburan global menarik keluar dana dari sesebuah negara, beliau berkata, ia boleh mencetuskan kemeruapan (volatility) dalam pasaran kewangan negara, membawa kepada penurunan mendadak dalam harga saham, nilai bon dan kadar pertukaran mata wang. Kemeruapan ini boleh mengganggu keyakinan pelabur dan memburukkan lagi ketidakstabilan ekonomi.
“Pengaliran keluar dana juga boleh memberi tekanan kepada rizab mata wang negara, yang membawa kepada penyusutan nilai mata wang dan potensi cabaran imbangan pembayaran.
“Ia juga boleh mengakibatkan penurunan penarafan kredit kerana penarikan dana global boleh memberi isyarat kepada agensi penarafan kredit dan pelabur bahawa prospek ekonomi negara yang terjejas telah merosot.
“Persepsi ini boleh menyebabkan penurunan penarafan kredit, menjadikannya lebih mahal bagi negara untuk meminjam di pasaran antarabangsa dan berpotensi menyekat akses kepada modal,” ujarnya yang merupakan Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM.
Rentetan daripadanya ialah penguncupan ekonomi di mana penarikan keluar dana global boleh mengurangkan kecairan dalam pasaran kewangan negara, menjadikannya lebih sukar bagi perniagaan untuk mendapatkan modal untuk pelaburan dan pengembangan.
Kekangan pelaburan ini boleh membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan atau malah kemelesetan, kerana perniagaan mengurangkan perbelanjaan dan pengambilan pekerja.
Secara keseluruhannya kata beliau, penarikan balik pelaburan dana global daripada negara individu boleh mempunyai implikasi yang luas terhadap ekonomi, pasaran kewangan dan kestabilan makroekonomi yang lebih luas.
“Oleh itu, isu MAHB ini perlu difikirkan secara mendalam oleh semua pihak dan tidak daripada satu sudut semata-mata, kerana implikasinya terhadap ekonomi Malaysia akan buruk. Adakah ekonomi Malaysia mampu untuk bertahan jika ini berlaku? ” soal beliau. - DagangNews.com
Dagang News
Mon Jun 24 2024
Firma berpangkalan di Amerika Syarikat ini aktif melabur di Malaysia dengan jumlah nilai pasaran terkini ialah AS$4.3 bilion atau kira-kira RM24.7 bilion. - Foto DagangNews
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Seorang kanak-kanak Israel cedera ditembak
Seorang kanak-kanak lelaki Israel berada dalam keadaan kritikal berikutan insiden tembakan di sebuah bas berhampiran Beit Jala, di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk AGC
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bertulis di Parlimen berkata, AGC kemudiannya telah menyerahkannya kembali kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.
KWSP lancar Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan rangka kerja RIA
Panduan dan rangka kerja ini bertujuan menyediakan panduan komprehensif untuk perbelanjaan bulanan serta mengemaskini tahap simpanan.
AWANI Ringkas: Peguan Negara tarik semula rayuan terhadap pembebasan Zahid Hamidi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM14.6 bilion dipindah kepada Akaun Fleksibel KWSP - Amir Hamzah
Sejumlah RM6.6 bilion simpanan pula telah dipindahkan ke Akaun Persaraan.
Wan Ahmad Fayhsal sedia berdebat dengan Rafizi tapi bukan di 'podcast'
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menegaskan beliau sedia untuk berdebat dengan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam pelbagai isu termasuk cetak wang dan BlackRock.
Jangan kelirukan orang ramai, BlackRock tidak miliki GIP - Lee Chuan How
Ahli Parlimen tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengelirukan ahli yang lain dan orang awam dengan dakwaan BlackRock Inc memiliki 100 peratus saham dalam Global Infrastructure Partners.
GIP-MAHB: Tidak mungkin kerajaan biarkan aset negara dikawal syarikat Israel – Amir Hamzah
Kerajaan mengulangi bahawa Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kekal dikawal oleh kerajaan dengan pengurusannya tidak akan diambil alih oleh warga asing.
Kerajaan perlu tarik diri labur dalam GIP - Wan Ahmad Fayhsal
Kerajaan perlu tarik diri daripada melabur dalam GIP kerana tidak beri sebarang kepentingan kepada Malaysia sama ada dari segi moral, ekonomi mahupun merit.
Jangan keterlaluan bahas isu BlackRock, boleh jejas kepentingan negara - PM Anwar
Beliau berkata sebarang polemik berkaitan isu berkenaan boleh menjejaskan kepentingan Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang berkembang.
Amalkan sikap 'tabayyun', elak terpengaruh dengan dakwaan berunsur fitnah
Umat Islam di Malaysia diajak untuk mengambil pendekatan 'tabayyun' iaitu menyelidik dan mendalami kesahihan sesuatu dakwaan dan berita dalam isu membabitkan kepentingan negara.
Perincian jumlah pelaburan BlackRock di Malaysia tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Jumlah pelaburan BlackRock dan syarikat berkaitannya di Malaysia antara yang menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
BlackRock sudah lama di Malaysia, nilai pelaburan kini lebih RM32 bilion
Menurut data, firma pelaburan global BlackRock sudah sedia ada memiliki pelaburan ekuiti di dalam 100 syarikat tersenarai di Malaysia.
Petisyen ‘Katakan Tidak kepada BlackRock’ raih lebih 8,000 sokongan
Kempen dilancarkan BDS Malaysia itu bertujuan mendesak kerajaan batalkan serta-merta rancangan menjual pegangan saham dalam MAHB kepada GIP.
BlackRock tidak terlibat dalam penstrukturan semula kepentingan MAHB - GIP
Katanya, seperti yang diumumkan pada Januari, GIP akan diambil alih BlackRock dengan transaksi *ijangka dimuktamadkan pada suku ketiga 2024.