awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
[KOLUMNIS] Malaysia - Bangkitnya sebuah negara yang tidak lagi mahu ketinggalan
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BUSINESS

BNM perbaharui perjanjian swap mata wang dengan Bank Indonesia

Dagang News
Dagang News
28/09/2022
01:15 MYT
BNM perbaharui perjanjian swap mata wang dengan Bank Indonesia
Pembaharuan pengaturan swap mata wang itu mencerminkan kerjasama kewangan yang terus kukuh antara Bank Indonesia dan BNM. - Dagang News
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Indonesia memperbaharui Perjanjian Swap Mata Wang Tempatan Dua Hala (LCBSA) dengan jumlah pengaturan swap hingga RM8 bilion/28 trilion rupiah pada 23 September 2022.
Pembaharuan perjanjian itu merupakan susulan perjanjian pertama yang ditandatangani pada 2019 dan akan berkuat kuasa untuk tempoh tiga tahun sekali gus mengukuhkan kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua bank pusat.
Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, pihaknya berbesar hati untuk meneruskan kerjasama dengan Bank Indonesia melalui pembaharuan LCBSA ini memandangkan aliran perdagangan yang tinggi antara Malaysia dengan Indonesia.
"LCBSA juga menyumbang kepada Rangka Kerja Penyelesaian Mata Wang Tempatan LCSF) antara kedua-dua negara iaitu pengaturan yang menggalakkan penggunaan mata wang tempatan secara lebih meluas bagi penyelesaian perdagangan dan pelaburan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Sementara itu, Gabenor Bank Indonesia, Perry Warjiyo percaya pembaharuan pengaturan swap mata wang itu mencerminkan kerjasama kewangan yang terus kukuh antara Bank Indonesia dan BNM.
Katanya, ia akan akan terus membina keyakinan pasaran terhadap asas ekonomi kedua-dua negara.
"Pembaharuan swap ini juga menunjukkan komitmen kami untuk memperkukuh kestabilan pasaran kewangan melalui usaha menggalakkan penggunaan mata wang tempatan yang lebih meluas untuk transaksi dua hala antara Indonesia dengan Malaysia,” katanya. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#LCBSA
#pengaturan swap
#Bank Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami