Skip to main content

Politik

Pengampunan bersyarat Najib: PRN Melaka ujian pertama ‘gelombang Bossku’ - ILHAM Centre

KUALA LUMPUR, 25 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika memeriksa Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-211 Tahun 2018 di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak hari ini. - fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA
Pertembungan naratif antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan akan menentukan sama ada pengaruh Najib masih mampu menjangkaui penyokong tradisi, pengundi muda dan kelompok majoriti senyap, ujar Hisommudin.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dijangka menjadi ujian pertama untuk mengukur kesan politik pengampunan bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Pegawai Eksekutif ILHAM Centre, Hisommudin Bakar berkata, keputusan itu memberi suntikan moral kepada UMNO.

Namun, katanya, kemampuan momentum itu untuk diterjemahkan kepada sokongan pengundi masih perlu diuji melalui peti undi.

“Bagi pihak UMNO dan juga Barisan Nasional, ini akan mengembalikan kekuatan mereka.

“(Mereka akan) cuba memasarkan dan membuat projeksi terhadap imej Datuk Seri Najib Razak serta sumbangannya kepada negara,” katanya dalam program Fokus Minggu Depan yang disiarkan oleh Astro AWANI hari ini.

Hisommudin turut berpandangan, Pakatan Harapan (PH) dijangka mengimbangi naratif berkenaan dengan mengangkat semula isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan integriti.

Pertembungan dua naratif itu akan menentukan sama ada pengaruh Najib masih mampu menjangkaui penyokong tradisi UMNO serta keupayaan menarik pengundi muda dan kelompok majoriti senyap.

Keputusan PRN Melaka juga boleh memberi gambaran awal mengenai kemungkinan penyusunan semula jajaran politik melibatkan UMNO dan Pas menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Hisommudin bagaimanapun berkata, momentum tersebut belum tentu bertahan sekiranya pilihan raya diadakan dalam tempoh lebih panjang.

“Sekiranya PRU itu diadakan dalam tempoh yang lebih panjang, akan berlaku gangguan kepada rentak gelombang itu dan akhirnya mungkin akan mencair.

“Ia seterusnya memberikan potensi yang lebih adil kepada semua pihak yang bertanding,” katanya lagi.

Must Watch Video

Advertisement