Keputusan United Kingdom (UK) untuk menarik diri daripada Kesatuan Eropah (EU) -- Brexit -- menunjukkan usaha perlahan-lahan ASEAN untuk mencapai penyepaduan serantau adalah tepat berbanding penyepaduan secara pesat tidak akan berkekalan, kata Pengerusi CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak.
"Brexit adalah sesuatu yang tidak menarik kepada kita yang memperjuangkan penyepaduan ASEAN, dan menjadi iktibar bahawa ASEAN sewajarnya bergerak dalam usaha untuk majoriti penduduk ASEAN.
"Ia (Brexit) juga merupakan satu pengukuhan bagi tumpuan teguh ASEAN kepada perdagangan dan pelaburan di samping mengelak daripada (penggunaan) mata wang tunggal dan langkah yang mempunyai kesan politik," katanya dalam satu temu bual dengan Asia House, organisasi pan-Asia terkemuka di UK.
Visi Komuniti ASEAN, seperti diperincikan dalam Piagam ASEAN 2007, adalah untuk mewujudkan ekonomi bersepadu dan bersatu bagi keseluruhan ASEAN dengan aliran bebas perdagangan, barangan, perkhidmatan serta pekerja mahir dan pelaburan.
Bagaimanapun, apabila Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) dibentuk pada akhir 2015, tidak semua langkah tersebut dilaksanakan.
Pelan Tindakan Strategik 2025, dipersetujui pada 2015 di Malaysia, bermatlamat mencapai visi AEC menjelang 2025 dengan kesemua 10 negara anggota disepadukan secara ekonomi dan bersepadu penuhnya dalam ekonomi global.
Ia bagaimanapun menamatkan perbincangan mengenai mata wang tunggal.
Nazir turut berkata kekurangan kejelasan mengenai kemungkinan hasil rundingan Brexit menunjukkan ia sukar untuk membuat sebarang jangkaan
"(Bagi) negara yang telah melabur di UK, (kita) sudah tentu merasai keperitan berikutan penyusutan mendadak (pound) sterling dan penilaian aset secara amnya.
"Kita berharap, ia adalah sementara dan pegangan bagi jangka panjang akan membuktikan ia adalah satu keputusan tepat," katanya.
Senada dengan tokoh perniagaan dan kerajaan Asia terkemuka lain, Nazir turut yakin bahawa Brexit akan membawa kepada pengukuhan hubungan perdagangan dan pelaburan dengan Asia.
"Kita menjangkakan UK akan segera menunjukkan minat mendalam untuk menjalin hubungan lebih erat dengan negara-negara lain di dunia, dan boleh memberi peluang kepada kita di Asia, terutamanya negara seperti Malaysia yang mengekalkan hubungan sosio-ekonomi kukuh," katanya.
Bernama
Fri Aug 05 2016
NAZIR: Brexit adalah sesuatu yang tidak menarik kepada kita yang memperjuangkan penyepaduan ASEAN, dan menjadi iktibar bahawa ASEAN sewajarnya bergerak dalam usaha untuk majoriti penduduk ASEAN. -Gambar fail
Persefahaman rakan gabungan: PM yakin untuk terus laksanakan pembaharuan
Semua parti di bawah gabungan itu terus berusaha melakukan pembaharuan, terutama dalam memastikan kesejahteraan rakyat.
30 CEO TVET swasta Malaysia adakan lawatan ke China
Menerusi lawatan berkenaan kesemua institusi TVET tempatan akan menandatangani MoU dengan lima buah institusi TVET China.
Lawatan Anwar ke Qatar berjaya jana potensi eksport bernilai RM700 juta - Tengku Zafrul
Komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan.
Pemimpin utama industri Qatar hadiri mesyuarat meja bulat dengan PM Anwar
Syarikat yang menghadiri pertemuan meja bulat itu kebanyakannya daripada sektor perkhidmatan, pembuatan serta pelaburan.
LKIM cadang bina slipway di Labuan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bercadang membina satu lagi 'slipway' di Kompleks LKIM Labuan bagi mengatasi masalah kesukaran membaiki bot nelayan di kawasan berkenaan.
Mad Saril ubah tempurung jadi kraf tangan cantik, bernilai
Seorang bekas pekerja swasta di Bagan Datuk mengubah tempurung dan batang kelapa menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi.
KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB
KADA akan memperluaskan Program SMART SBB seluas 80 hektar lagi di kawasan seliaannya di sini pada musim hadapan bagi membantu lebih ramai pesawah menjana pendapatan lebih lumayan.
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
Tenaga boleh baharu: Kerjasama dengan rantau ASEAN akan diperluaskan - Fadillah
Negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak dilihat berpotensi besar untuk menjadi pembekal tenaga boleh baharu (RE), jelas Fadillah.
UTP raih kedudukan teratas di Malaysia, ASEAN dua tahun berturut-turut
Universiti Teknologi Petronas (UTP) meraikan kejayaan bersejarah buat tahun kedua berturut-turut apabila meraih tempat teratas sebagai universiti nombor satu di Malaysia.
Negara maju harus tundukkan 'ego' dan bekerjasama dengan ASEAN - Penganalisis
Menurut Faisal, ini kerana negara membangun di ASEAN sedang mencorak ekonomi ke arah lebih mampan yang perlu dimanfaatkan negara maju
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.