DOHA: Lawatan ringkas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Qatar telah berjaya menjana potensi eksport barangan dan perkhidmatan bernilai kira-kira RM700 juta, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Tengku Zafrul berkata komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan bersama Perdana Menteri awal hari ini.
"Alhamdulillah, kita terima komitmen (eksport) berjumlah RM700 juta. Ia sekali gus menunjukkan keyakinan syarikat Qatar terhadap produk dan perkhidmatan kita.
"Selain itu, kita juga lihat potensi Asia Barat, yang merupakan satu pasaran besar buat Malaysia yang kita boleh teroka," kata Tengku Zafrul kepada pemberita selepas majlis jamuan makan malam Perdana Menteri bersama diaspora Malaysia, di sini, pada Isnin.
Majlis makan malam itu yang dihoskan oleh Perdana Menteri dihadiri kira-kira 500 rakyat Malaysia.
Terdahulu pada Isnin, seramai 45 pemimpin terkemuka industri Qatar daripada 36 syarikat menghadiri mesyuarat meja bulat itu, mewakili sektor seperti makanan dan pemprosesan makanan, farmaseutikal, bahan binaan, hartanah dan pembinaan, pendidikan, hospitaliti dan penjagaan kesihatan, kewangan, penerbangan, runcit/pengedaran dan ekonomi digital.
Semasa dialog meja bulat itu, Anwar, yang juga Menteri Kewangan, mengulangi komitmen Malaysia untuk mengukuhkan hubungan dua hala dengan Qatar, khususnya dalam perdagangan dan pelaburan.
Beliau juga berkata daya tarikan menarik Malaysia dengan sistem infrastruktur yang kukuh, kedaulatan undang-undang, tenaga kerja mahir dan boleh dilatih, pelaksanaan projek berdisiplin dan ekosistem perniagaan yang rancak menjadikan ia destinasi menarik bagi pelabur yang berhasrat menjadikan Malaysia sebagai hab pembuatan atau perkhidmatan strategik mereka bagi pasaran Asia, untuk meraih peluang pertumbuhan baharu dan kepelbagaian.
Mesyuarat meja bulat itu juga dihadiri Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Semasa mesyuarat itu, pelabur dan pengimport sedia ada juga menyatakan penghargaan mereka atas usaha Malaysia dalam mewujudkan persekitaran yang memudahkan pelaburan dan pertumbuhan perniagaan.
Perbincangan itu menggariskan komitmen bersama Malaysia dan Qatar untuk meneroka ruang baharu kerjasama, dengan memanfaatkan sinergi antara kedua-dua ekonomi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2024

Anwar bergambar bersama rakyat Malaysia pada Majlis Makan Malam Bersama Diaspora Malaysia di Qatar. - Foto BERNAMA

RM4.7 juta kos baiki 14 masjid, 37 surau kritikal di Johor
Sebanyak 14 masjid dan 37 surau di Johor dikenal pasti dalam keadaan kritikal serta perlu dibaiki dengan anggaran kos keseluruhan RM4.7 juta.

'Kita tidak boleh biarkan penduduk Gaza kebuluran' - PM UK
UK menolak sebarang penempatan haram di Tebing Barat dan menekankan tuntutan agar bantuan kemanusiaan ke Gaza ditingkatkan secara besar-besaran.

Azalina cadang pertimbang umur persaraan dinaikkan kepada 65 tahun
Azalina Othman Said mencadangkan kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan umur persaraan wajib daripada 60 tahun kepada 65 tahun.

Tengku Maimun belum terima tawaran lanjut perkhidmatan
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengesahkan bahawa beliau belum menerima sebarang tawaran untuk menyambung perkhidmatannya.

Pandu Puteri perkasakan peranan wanita muda dalam kepimpinan, keluarga
Persatuan Pandu Puteri Malaysia memperkasakan peranan wanita muda dalam usaha membentuk golongan tersebut menjadi lebih berilmu, berakhlak mulia serta berjiwa kental.

Berjaya harungi musim mencabar, Saravanan intai destinasi baharu
T. Saravanan mengakui musim 2024/2025 memberi pengajaran berguna dalam kariernya, apabila berjaya memanfaatkan peluang yang terhad untuk membuktikan kemampuan bersama skuad Tok Gajah.
AWANI Ringkas: Honda Jepun kurangkan EV, tumpu kepada hibrid
AWANI Ringkas: Ugut rakan sebar video bogel, dua remaja ditahan
Netanyahu tunggang agama, halalkan serangan baharu ke atas Gaza - Penganalisis
Prof. Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff berkata pemilihan nama Gideon’s Chariot untuk operasi ketenteraan baharu di Gaza oleh rejim Israel ialah tindakan menunggang agama untuk memujuk penyertaan rakyatnya dalam pasukan tentera negara haram itu. #AgendaAWANI

Pengusaha taska, tadika disaran laksana saringan elak penularan HFMD
KKM menyarankan pengusaha taska dan tadika untuk melaksanakan saringan kepada kanak-kanak yang memasuki premis bagi membendung penularan kes HFMD.
Pemilihan PKR: 49 peratus bersikap neutral terhadap persaingan Izzah-Rafizi - Penganalisis
Pengurus Kanan Penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE), Khairul Arifin Mohd Munir berkata tinjauan menunjukkan 49 peratus masyarakat bersikap neutral terhadap persaingan calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar dan Datuk Seri Rafizi Ramli. Jelasnya, orang ramai menganggap sebarang pertelingkahan yang berbangkit ketika ini hanyalah bersifat dalaman yang tidak menjejaskan institusi awam. #AgendaAWANI

Sapura, Velum Labs pamer keupayaan AI tempatan di LIMA' 25
Sapura Secured Technologies (SST) bersama anak syarikatnya, Velum Labs, mempersembahkan inovasi terkini berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi.

LIMA' 25: RIBAT simbol kejayaan syarikat tempatan, mercu baharu pertahanan negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan RIBAT, kenderaan taktikal ringan mobilti tinggi (HMLTV) pertama pada Selasa yang direka dan dibina sepenuhnya oleh syarikat tempatan, MILDEF.

PM lancar 'RIBAT', HMLTV pertama keluaran negara
RIBAT merujuk kepada amalan menjaga dan mengawal di persempadanan untuk mempertahankan keselamatan umat.

Pemilihan PKR: Anwar ingatkan jangan bermusuh
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahli parti supaya tidak bermusuhan walaupun berlaku persaingan sengit atau perbezaan pendapat semasa pemilihan.

Menghubungkan timur dan barat: Pendekatan pragmatik PM Anwar di Rusia
Ia kunjungan rasmi pertama oleh PM Malaysia ke Rusia dalam tempoh 20 tahun dan sangat signifikan dari segi hubungan dua hala dan nilai sejarah.

PM Anwar ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Raja Perlis ke-82
Anwar mendoakan kesejahteraan dan keafiatan berpanjangan buat Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja.

Keakraban Anwar-Putin langkah strategik harungi landskap polarisasi geopolitik dunia
Kemesraan antara Anwar dan Putin yang merupakan antara pemimpin paling berkuasa di dunia jelas kelihatan sejak permulaan lawatan lagi.

'Kami boleh jual balak, tapi kami ada prinsip' - Anwar
Malaysia kekal tegas menolak keuntungan jangka pendek melalui pembalakan demi melindungi warisan hijau negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancara eksklusif bersama TV BRICS.

PM Anwar gariskan pelan ekonomi, kerjasama serantau menerusi hubungan erat BRICS
Anwar berkata ini selari dengan pelan transformasi ekonomi domestik yang berpaksikan digitalisasi dan kelestarian.

Perkongsian erat Malaysia, Rusia tidak gugat hubungan dengan negara lain - PM Anwar
Beliau menegaskan mengukuhkan hubungan dengan sesebuah negara tidak bermakna melemahkan hubungan dengan negara lain termasuk AS.